Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 27 Julai 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR PILIHAN PSKKPS KOTA BELUD DAN KRT TAMAN NIKMAT




Pada 25 Julai 2010, perlawanan persahabatan antara pilihan PSKKPS daerah Kota Belud menentang pilihan KRT TAman Nikmat. Perlawanan ini berlangsung di dewan SEkolah Menengah Kebangsaan Pekan II, Kota Belud.

Perlawanan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pasukan pilihan PSKPPS Daerah Kota Belud bagi membawa cabaran keperingkat Pantai Barat Utara (PBU) bagi Sukan PSKPPS.

Perlawanan ini dimenangi oleh Pasukan KRT Taman Nimat.

Sabtu, 17 Julai 2010

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2010

Jawatankauasa Kawsasan Rukun Tetangga Taman Nikmat menjemput semua warga Kawsasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk hadir ke Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kawsasan Rukun Tetangga Taman Nikmat pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8.Ogos.2010
Hari : Ahad
Masa : 7.00 Pagi
Tempat : Mengikut Fasa dan Blok Kawasan Perumahaan Masing-masing

Aktiviti:
Majlis Gotong Royong Perdana membersihkan Kawasan Perumahan Taman Nikmat.
Aktiviti Penyemburan Asap (Pooging) Oleh Jabatan Kesihatan (6.00 Petang)


Tarikh : 7.ogos. 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Perkarangan Pondok SRS

Aktiviti :
1. Malam Kibaran Jalur Gemilang
2. Motivasi Jiran Muda
3. Ceramah Dari Bomba Dan Penyelamat Tentang Keselamatan Kebakaran.


Jemputan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud

PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL MEMBUAT RONDAAN BERSAMA PERMASTAUTIN TETAP SKIM RONDAAN SUKARAELA KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD









Pengarah JPNIN Sabah Pn. Nurul Akmalina bt. Hj. Shamsudin telah membuat rondaan bersama Permastautin Tetap Skim Rondaan Sukarela KRT Taman Nikmat Kota Belud pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh : 16 Julai 2010
Masa : 11.00 malam
Tempat : Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud

Turut serta membuat rondaan diketuai oleh Cif Inspektor Polis Kota Belud En. Norazmi Yaakub dan Anggota Polis serta Pegawai-Pegawai dari JPNIN Ibu Pejabat Kota Kinabalu iaitu En. Kamaruzaman (unit SRS), En. Maradi (unit KRT), En. Md. Faiz (unit IT), Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Jamit,Cik Marry Tai, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj.Mohd Onon dan permastautin tetap SRS KRT Taman Nikmat.

MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL SABAH BERSAMA DENGAN JAWATANKUASA UTAMA RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD






Pada 16 Julai 2010, jam 8.00 malam dan bertempat di Dewan Restoran Rasa Sayang, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sabah Pn. Nurul Akmalina bte Hj. Shamusudin telah ke Daerah Kota Belud untuk bertemu bersama dengan Jawatankuasa Utama Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud. Beliau telah disertai oleh Pegawai-pegawai dari ibu pejabat JPNIN Kota Kinabalu.

Tetamu-tetamu kehormat yang datang pada majlis ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kota Belud En. Hamdan Sarudin, Cip Inspektor Polis Daerah Kota Belud En. Norazmi Yaakub, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Jamit dan Marry Tai. Turut hadir ke majlis ini Pengerusi KRT Taman NIkmat dan Jawatankuasa utama.

Isnin, 12 Julai 2010

JIRAN MUDA KRT TMN NIKMAT MEWAKILI KOTA BELUD KE PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI JIRAN MUDA SABAH, SARAWAK DAN W.P LABUAN ANJURAN JPNIN, MOSTI DAN YIM












Pada 9 hingga 12 Julai 2010, telah berlangsung Program Kreativiti dan Inovasi Jiran Muda Sabah, Sarawak dan w.p Labuan tahun 2010 anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Malaysia (JPNIN), Minister of Science Technology Information (MOSTI), dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Program ini telah berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan W.P Labuan.

Seramai 5 orang peserta Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah terpilih dan dihantar bagi menyahut cabaran dalam pertandingan Inovasi dan Kreativiti ini. Senarai nama ahli kumpulan "Young Inovationer" ialah:

Mohd Anuar Bin Samsudin
Ahmad Fikhri Bin Mahamudin
Muhd. Syafie Bin Zainal Abidin
Nasratul Aiman Bin Nasarudin
Datu Mohd Haziq Bin Mohd Sidek

Peserta Jiran Muda ini telah mendapat Johan dalam Pertandingan Kreativiti Jiran Muda bagi Zon Sabah. Diucapkan Syabas dan tahniah kepada kelima-lima peserta ini.

Mereka telah menghasilkan produk bernama "SABERGENCY LIGHT". Produk ini ialah produk inovasi lampu pemantul kecemasan ketika di jalan raya. Mengubah daripada pemantul kepada pemantul bercahaya, telah cukup untuk melayakan mereka mendapat Johan untuk pertandingan ini. Mereka telah menghasilkan satu ciptaan Inovasi yang sangat berguna kepada masyarakat terutama pengguna jalan raya. Syabas diucapkan kepada Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.