Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 21 November 2010

SEMBAHYANG HAJAT DAN BACAAN SURAH YASSIN UNTUK JIRAN MUDA YANG MENDUDUKI PERPERIKSAAN SPM TAHUN 2010





Pada 21.11.2010, Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah mengadakan Solat Sunat Hajat dan bacaan Surah Yassin bagi calon yang akan menduduki Peperiksaan SPM . Solat Hajat dan bacaan Yassin ini telah dibuat dirumah En. Sedik bin Duraman seorang pendidik, beliau mengatakan usaha akhir bagi jiran Muda ini memohon doa agar mereka tenang dalam menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemrlang dan disamping itu ianya dapat mengingatkan Slogan Jiranku, Keluargaku.
Dalam majlis ini, tetamu-tetamu yang hadir ialah bapa Jiran Muda, Pengerusi KRT dan jiran-jiran setempat.

Sabtu, 20 November 2010

KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN KAWASAN SEJIRAN DAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA 2010



Pada 20.11.2010, Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud yang terlibat dengan SRS telah mengikuti Kursus Kesedaran keselamatan Kawasan Sejiran Dan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela bagi Zon Daerah Tuaran, Kota Belud, Ranau dan Kundasang.
KRT SRS Taman Nikmat salah satu kawasan untuk menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Merangkap ADUN N.09 Tamparuli. Tetamu Khas yang hadir pada program ini ialah Ybh. Puan Nurul Akmalina Samsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi nasional Negeri Sabah, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Penolong Pengarah Unit SRS JPNIN dan Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran.

PROGRAM PEMUAFAKATAN AGAMA "KEMPEN JIRANKU, KELUARGAKU" RUKUN TETANGGA KOTA BELUD


PEGAWAI PERPADUAN DAERAH BERSAMA SEBAHAGIAN JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM

MASAKAN 1 MALAYSIA

PERAGAAN PAKAIAN TRADISIONAL

PERSEMBAHAN TARIAN SATU MALAYSIA

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH

PERTANDINGAN LAGU-LAGU DAKWAH

UCAPAN PERASMIAN OLEH YBGH. EN. ABDUL GARI BIN ITAM

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YBGH. PUAN NURUL AKMALINA HJ SAMSUDDIN

FORUM PEMUAFAKATAN AGAMA "KEMPEN JIRANKU,KELUARGAKU"

Pada 19.11.2010, Program Pemuafakatan Agama Kempen Jiranku, Keluargaku anjuran Rukun Tetangga Kota Belud telah diadakan di dewan Tun Said, Kota Belud.
Dalam program ini, telah dirasmikan oleh Ybgh. En. Abdul Gari Bin Itam, Pegawai Daerah Kota Belud. Turut sama Ybgh. Puan Nurul Akmalina Binti Hj. Samsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi nasional Negeri Sabah, Cip Insp. Norazmi, En. Mohd Bisi Jamit dan Cik Marry Tai, Pegawai Perpaduan Daerah serta Pengerusi-pengerusi KRT Daerh Kota Belud.
Antara pengisian program ini seperti gotong royong masakan Satu Malaysia, peragaan pakaian tradisional, peragaan pakaian pengantin, persembahan tarian tradisional, persembahan tarian Satu Malaysia, pertandingan lagu-lagu dakwah dan kemuncak program ini forum pemuafakatan agama "kempen jiranku, keluargaku". Antara ahli-ahli panel bagi forum ini ialah Ustaz Japran Hj Kusin mewakili agama Islam, En. Kaplin Chuah mewakili agama Buddah, En. Tahir bin Belinu mewakili agama kristian dan perantara forum ini En. Nasdin Pumpunga setiausaha KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Sabtu, 13 November 2010

PROGRAM REUNION JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA CUTI SEKOLAH








Pada tanggal 12 november 2010, program reunion telah diadakan di perkarangan pondok Srs Taman Nikmat. Turut sama dalam program Pegawai Perpaduan Daerah, Cik Marry Tai, En.Mahmudin Hj. Md. Onon Pengerusi KRT Taman Nikmat dan Jawatankuasa SRS KRT Taman Nikmat.
Program ini diadakan bertujuan untuk megumpulkan pelajar-pelajar yang merantau sempena cuti persekolahan ini.
Selepas sahaja program ini, Cik Marry Tai telah membuat rondaan bersama Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj. Md. Onon dan Jawatankuasa SRS KRT Taman Nikmat.