Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 30 April 2011

SYABAS DAN TAHNIAH !!! KRT TAMAN NIKMAT MENDAPAT ANUGERAH KRT TERBAIK NEGERI SABAH 2010



Pada 30 April 2010, Majils Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah 2011 Anjuran JPNIN Sabah, telah diadakan yang telah dirasmikan oleh Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

KRT Taman Nikmat Telah dipilih untuk menerima KRT Terbaik Negeri Sabah bagi tahun 2010. Anugerah telah disampaikan oleh Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin. KRT Taman Nikmat telah diwakili oleh Pengerusi KRT iaitu En. Mahmuddin Bin Hj. Mohd Onon.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatan Kuasa dan Warga KRT Taman Nikmat kerana memberi sokongan aktiviti KRT Taman Nikmat dan diharap terus menyokong agar KRT Taman Nikmat Berjaya pada masa hadapan.

Jiran Sepakat Membawa Berkat.

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2011 ANJURAN JPNIN SABAH DGN KEJASAMA 1 BORNEO

Pada 30 April 2011 dan bertempat Atrium Center,1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu telah berlangsung Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin, Senator YB. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Hajah Azizah D.S.P Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna neeri Sabah, Dato' Azman Amin Bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia dan Pn. Nurakmalina Hj. Samsuddin, Pengarah JPNIN Sabah.

Program yang dijalankan ialah Penyampaian Anugerah 15 KRT Terbaik Negeri Sabah 2010 dan Penyampaian Anugerah Kalung Perpaduan Peringkat Negeri Sabah.

Daerah Kota Belud diwakili oleh 2 KRT menerima anugerah KRT Terbaik iaitu KRT Taman Nikmat Dan KRT Labuan.

Sabtu, 2 April 2011

KENDURI KESYUKURAN KERANA DIUMUMKAN OLEH PENGARAH JPNIN SABAH SEBAGAI KAWASAN RUKUN TETANGGA TERBAIK NEGERI SABAH SEMPENA MINGGU PERPADUAN TAHUN 2010











Pada 2 April 2011, Jawatankuasa KRT Taman Nikmat telah mengadakan kenduri kesyukuran kerana telah diumumkan sebagai KRT terbaik Negeri Sabah oleh pengarah JPNIN Sabah Ybhg. Pn. Nurul Akmalina bt. Hj Samsudin sempena dalam majlis perjumpaan awal tahun dengan jawatankuasa utama Rukun Tetangga daerah Kota Belud. Kenduri kesyukuran ini diadakan di rumah En.Masran Taib selaku AJK KRT Taman Nikmat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat En.Mahamudin Hj. Md Onon dan Ahli Jawatan Kuasa serta penduduk setempat. Disamping itu, program seperti ini secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi ikatan silaturahim selaras dengan slogan "Jiranku, Keluargaku".

Jumaat, 1 April 2011

MAJLIS PERJUMPAAN AWAL TAHUN BERSAMA YBHG. PENGARAH JPNIN NEGERI SABAH DGN JAWATANKUASA UTAMA RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD









Pada 1 April 2011, Majlis perjumpaan bersama Ybgh. Puan Nurul Akmalina binti Hj. Samsudin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah dan Jawatankuasa utama KRT Kota Belud telah diadakan bertempat di Restoran Rasa sayang Kota Belud.

Antara tetamu yang hadir En. Hamdan bin Hj Sarudin, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, En. Md. Bisi bin Jamit dan Cik Marry Tai, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, En. Maradi, Penolong Pengarah (unit KRT), En.kamaruzaman (unit SRS), Pengerusi-pengerusi Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Majlis ini dimulakan dengan Jamuan Makan Malam, seterusnya Nyanian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri, ucapan alu-aluan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Zon 1, ucapan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, majlis ramah mesra, majlis dialog, penyampaian simbolik peralatan skim rondaan sukarela kepada pengerusi KRT Taman Nikmat, En.Mahamudin Hj Md Onon, Pengerusi KRT Piasau, Pn.Dilin, dan seterusnya Penyampaian Cenderakenangan kepada Ybgh.Pengarah JPNIN Sabah.