Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 29 Mei 2011

MAJLIS PERASMIiAN PROGRAM "JIRANKU KELUARGAKU"PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD








Pada 29 Mei 2011 jam 8.00 malam majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan Futsal sempena program Jiranku Keluargaku oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En, Bisi Bin Jamit. Dalam program ini jemputan khas yang telah hadir Chif Inspektor Norazmi, Pengetua SMK Pekan 2 Datu Matlan Datu Unjung,Pegawai kanan PDRM Kota Belud, AJK KRT Taman Nikmat dan Warga KRT Taman Nikmat. Pengisian program pada malam itu ialah ucapan dari Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj Md. Onon,ucapan persmian oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi B. Jamit, Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan Futsal, Sijil Penghargaan kepada Syarikat KB Autopart(En.Vun), Syarikat Awang Tahir, Syarikat Telekom Malaysia Kota Belud (En.Amidi) dan penghargaan kepada PDRM Kota Belud. Dalam program pengerusi merakamkan terima kasih kepada PDRM Kota Belud atas kerjasama dalam menjayakan program Jiranku Keluargaku tidak lupa kepada jiran muda bertungkus lumus menjayakan program ini dan jiran Wanita telah menyediakan makan dan minum semasa pengisian gotong royong dan perasmian program pada malam tersebut.

Sabtu, 28 Mei 2011

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA PROGRAM "JIRANKU KELUARGAKU" KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA PDRM DAERAH KOTA BELUD











Pada 29/5/2011, gotong-royong Perdana kawasan perumahan KRT Taman Nikmat telah dibuat pada jam 7 pagi yang mana melibatkan warga KRT Taman Nikmat dan anggota PDRM seramai 40 orang. Program ini telah diketuai sendiri oleh DSP Mohan Madasen, Ketua Polis Daerah Kota Belud. DSP Mohan telah membuat ucapan dan memberikan Cenderahati kepada Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Mahamudin B Hj. Md. Onon.

PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA PROGRAM "JIRANKU KELUARGAKU" KRT TAMAN NIKMAT








Pada 28 Mei 2011, Program Jiranku Keluargaku telah memulakan pengisian yang kedua selepas program Ziarah Jiranku Keluargaku. Aktiviti pertandingan Futsal antara bapa jiran muda (EPL), jiran muda (La Liga) dan juga jemputan PDRM Kota Belud . Pertandingan futsal ini bertempat di gelangang Futsal Tuaran.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

EPL
Johan : ARSENAL F.C
Naib Johan : CHELSEA F.C
Tempat ke Tiga : MANCHESTER UNITED F.C

LA LIGA
Johan : REAL MADRID
Naib Johan : BARCELONA
Ke Tiga : VALENCIA

Khamis, 26 Mei 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KEEMPAT DIKEDIAMAN BENDAHARI KRT TAMAN NIKMAT EN. RAHIM SAHALI








Pada 26/5/2011, KRT Taman Nikmat meneruskan lagi Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keempat dikediaman En. Rahim Sahali. Ini adalah program mingguan yang keempat diadakan oleh KRT Taman Nikmat.

Antara pengisian program ini ialah Solat Maghrib dan isya berjemaah, bacaan Yassi, Tahlil dan Tazkirah. Pada malam tersebut, majlis telah dipimpin oleh Tuan Hj. Imam Madli Bin Hj. mansur, Imam Daerah Kota Belud. Tuan Imam juga telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Persiapan Menghadapi Mati. Sebelum Mengakhiri Majlis, Imam Daerah telah membuat makluman tentang Program Pengajian Taranum dan Berzanzi kepada warga KRT Taman Nikmat.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah terus mendaftar di Pejabat JAINS Daerah Kota Belud.

Turut serta dalam Program kali ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Mahamudin b. Hj. Md. Onon, AJK KRT Taman dan warga KRT Taman Nikmat.

Makluman Juga untuk program ke 5 akan diadakan di kediaman Tuan Hj Madri bin Yakub, waktu yang sama pada minggu hadapan bertarikh 2 Jun 2011.

Khamis, 19 Mei 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KETIGA DIKEDIAMAN EN. MOHD. SAH JUONG DI KRT TAMAN NIKMAT








Pada 19.5.2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ketiga bertampat di kediaman En. Mohd. Sah Bin Juang. Ini adalah program mingguan yang diadakan di kawasan rukun tetangga taman nikmat ini.

Antara pengisian ini ialah solat magrib dan isya' berjemaah, bacaan Yassin dan Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Arrifaie atiqullah yang bertajuk "Doa Yang Dimakbulkan". Kehadiran anggota RT untuk bersama-sama menjayakan program ini adalah sangat membanggakan.

JADUAL PERLAWANAN LIGA FUTSAL TERTUTUP KRT TAMAN NIKMAT 2011 SEMPENA "JIRANKU KELUARGAKU"

JADUAL PERLAWANAN LIGA EPL (GELANGGANG 1 )


MANCHESTER UNITED VS ARSENAL (PERLAWANAN 1)

CHELSEA VS MANCHESTER CITY (PERLAWANAN 2)

MANCHESTER UNITED VS CHELSEA (PERLAWANAN 3)

ARSENAL VS MANCHESTER CITY (PERLAWANAN 4)

CHELSEA VS ARSENAL (PERLAWANAN 5)

MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED (PERLAWANAN 6)


JADUAL PERLAWANAN LIGA LA LIGA (GELANGGANG 2 )


BARCALONA VS VALENCIA (PERLAWANAN 1)

VALENCIA VS REAL MADRID (PERLAWANAN 2)

REAL MADRID VS BARCALONA (PERLAWANAN 3)


PERLAWANAN AKHIR

PERLAWANAN ANTARA JUARA EPL VS JUARA LA LIGA

SENARAI AHLI KUMPULAN PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KRT TAMAN NIKMAT 2011

TEAM EPL ( DEWASA )

Team Chelsea A

Team Man. United D

Nasdin

Rahim

Masran

Amidi

Abel

Kalih Matun

Ustaz. Abdullah

Md. Sah

Momin

Azmi Wasli

Mohd. Najub Bujang (Polis)

Ahmadi Othman (Polis)

Ahmad. Fitri Gapor (Polis)

Faruky Jamali (Polis)

Mohd. Hasbi Othman (Polis)

Mohd. Shahrin Suhai (Polis)

Pojol Gundadar (Polis)

Charles Joseph (Polis)

Ahmad Laili Hj. Hapas (Polis)

Syujairi Jaim (Polis)

cigu Azri

Hassan (Polis)

Team Arsenal C

Team Man.city B

Jainuddin

Jawadi

Tarmizi

Mahamudin

Janati

Fauzan

Nazri

Asran

Matlan Dt. Unjung

Jamlin

Ibrahim Jadin

Samri Lantokan

Mohd. Syazwan Rosli (Polis)

Mohd. Rizal Abd. Halim (Polis)

Ahmad Abdullah (Polis)

Mohd. Hisyamuddin (Polis)

Ismail Abd. Rashid (Polis)

Roslee Hj. Son (Polis)

Judin Satung (Polis)

Sajan Ahmad Razali Daud (Polis)/Mohd Fikri Lamdin

Samah Angkum (Polis)

Alex ban (Polis)

TEAM LA LIGA ( JIRAN MUDA )

Valencia

1

Mohd. Syukri Jaffri

2

Dzulasyraf Jame

3

Mohd. Shafik

4

Mohd. Zakariah Jamlin

5

Mohd. Asyraf Asran

6

Mohd. Farrhamey Laili (Polis)

7

Amirul Abdullah

8

Fazzrol Ahmad Razali

9

Barcalona

1

Khairul Adzhan Hassanuddin

2

Mohd. Fairus Johari

3

Nasratul Aiman Nasruddin

4

Mohd. Anwar Samsuddin

5

Liew Vin Ken

6

Ahmad Fikhri Mahamudin

7

Khairul Alip

8

Syafie zainal Abidin

9

Zulhaslan Jaslin



Real Madrid

1

Mohd. Irfan Hj. Madrin

2

Mohd. Isyraf Hafizuddin

3

Mohd. Dzulakmal Jame

4

Anwar Ibrahim

5

Dt. Mohd. Haziq Sidek

6

Mohd. Farrasyazwan Laili (Polis)

7

Mohd. Shafiq Jumat

8

Anak Lamjah

9


LAWATAN MUHIBBAH DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN KRT TAMAN NIKMAT KE DAERAH PENAMPANG







Pada 18 Mei 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah membuat lawatan muhibbah dan perlawanan persahabatan bola tampar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang. Selain bola tampar, KRT Taman Nikmat juga telah membuat perlawanan persahabatan futsal bersama Jabatan Kesihatan Kawasan Daerah Penampang yang bertempat di gelanggang futsal penampang. Perlawanan ini turut dihadiri oleh pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj. Md Onon dan Inspektor Kesihatan kawasan Penampang En. Azlan Hassan. Lawatan Muhibbah dan perlawanan persahabatan ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi keharmonian dalam kejiranan dan integrasi antara penduduk luar lingkungan komuniti. Program ini juga di isi dengan sesi pertukaran cenderahati. Tempoh program ini dijalankan dari 4 p.m hingga 8 p.m.

Isnin, 16 Mei 2011

LAWATAN JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN KRT DERH KOTA BELUD BERSAMA YB. DATUK JAPLIN BIN. HJ. AKIM, PEMBANTU PEMBANUNAN INFRASTRUKTUR SABAH KE SARAWAK










Tanggal 13 - 16 Mei 2011, satu program lawatan 43 AJK permuafakatan RT Kota Belud bersama Pemimpin Yg. Berhormat Datuk Japlin bin Hj. Akim, ADUN Kawasan N8. Usukan dan selaku Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah ke Negeri Sarawak.

Selain Yb. Datuk Japlin Bin. Hj. Akim, turut serta dalam lawatan ini Pengarah JPNIN Negeri Sabah,YBH.Pn. Nurul Akmalina Binti Hj. Shamsuddin, En. Mohd. Bisi Bin Jamit dan Cik Marry Tai, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Pegawai Perpaduan Kota Kinabalu Pn. Rosimah bt Mulshirin, En. Sibil Uli, Pengerusi Penyelaras RT Daerah, En. Mahamudin bin Hj. Md. Onon, Setiausaha Penyelaras RT Daerah/Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Ramlie Marur, Bendahari Penyelaras RT Daerah dan Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

Lawatan 4 hari ini disi dengan beberapa program lawatan seperti lawatan ke Kampung Budaya, Kilang Membuat Kek Lapis Sarawak dan Lawatan Ke Serikin. Pada malam terakhir di Sarawak, Kesemua tetamu di raihkan dengan malam mesra oleh KRT S41 Kuching, sempena Hari Gawai.

Khamis, 12 Mei 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KEDUA DIKEDIAMAN RUMAH PENGERUSI KRT TAMAN NIKMAT











Pada 12.5.2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kedua bertampat di kediaman En. Mahmudin Hj Md.onon. Program ini adalah program minguan yang akan diadakan pada setiap malam jumaat.

Antara pengisian ini ialah solat magrib berjemaah, bacaan Yassin dan Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Rashidi yang bertajuk "Adab Berdoa" dan kenapa terhalangnya Doa hambanya. Turut hadir pada majlis ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Mohd Bisi Bin Jamit, Cik Mary Tai, Ahli jawatan kuasa KRT Taman Nikmat dan Warga KRT Taman Nikmat.

Khamis, 5 Mei 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU PERTAMA DI KEDIAMAN EN. AMIDI BIN DARUS







Pada 5/5/11, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang bertempat di kediaman En Amidi Bin Darus. Program ini adalah program mingguan yang akan diadakan pada setiap Malam Jumaat dan melibatkan rumah Ajk KRT Taman Nikmat yang terpilih.

Antara pengisian program ini ialah Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yassin dan Tazkirah. Penyampai Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Shamsudin yang bertajuk Kelebihan lapar dan Keburukan Kenyang. Turut hadir didalam majlis ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Md. Onon, Ahli Jawatan Kuasa KRT dan penduduk setempat.

Program ini secara langsung dapat memperkukuh dan mengeratkan lagi silaturahim yang sudah sedia terjalin diantara sesama ahli dan warga KRT Taman Nikmat.

Ahad, 1 Mei 2011

Pegawai Perpaduan Daerah Bersama Srs Taman Nikmat Membuat Rondaan



Pada 1 Mei 2011, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Cik Mary Tai dan Polis Diraja Malaysia Kota Belud telah bersama-sama membuat rondaan dengan ahli-ahli Srs Krt Taman Nikmat pada jam 11 p.m.