Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 27 Jun 2011

PROGRAM MARI MERONDA BERSAMA SRS, BAGUS BAH! PERINGKAT NEGERI SABAH 2011






Pada 18 Jun 2011, program Mari Meronda Bersama SRS, Bagus Bah ! Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung. Program ini bertempat di Dewan Rakan Muda, Kompleks Belia Dan Sukan (P) Putatan.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada program ini ialah YDH SAC Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Negeri Sabah dan Pn. Nurul Akmalina Bt Hj. Samsuddin, Pengarah di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah.

Aktiviti yang dijalankan seperti sesi menandatangani MEMORENDUM PERSEFAHAMAN (MOU) antara JPNIN-PDRM, taklimat keselmatan kominiti sejiran dari PDRM dan Takaful Malaysia, Karaoke Suar Padu, Explorace Jiran Muda, Futsal dan Rondaan SRS bersama pemimpin tempatan.

Khamis, 23 Jun 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KELAPAN DIKEDIAMAN JURU AUDIT KRT TAMAN NIKMAT EN.JAWADI BELUN







Pada 23 Jun 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kelapan bertempat di kediaman En. Jawadi Bin Belun. Ini adalah program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian program ini solat magrib dan Isya berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Imam Daerah Kota Belud Ustaz Hj Madli Bin Hj Mansur tajuk Tazkirah mengingati Peristiwa Isyra dan Mikraj Rasulullah SWA., Turut hadir pada majlis ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Warga KRT , Jiran Muda dan Pelajar-pelajar SMKA Tun Said Kota Belud.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kesembilan akan diadakan pada 30 Jun 2011 dikediaman En. Abel Bin Mustapha.


Khamis, 16 Jun 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KETUJUH DIKEDIAMAN PENOLONG SETIAUSAHA KRT TAMAN NIKMAT EN.JAINUDIN BIN BUJANG








Pada 16 Jun 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ketujuh bertempat di kediaman En. Jainudin Bin Bujang. Ini adalah Program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian ini solat magrib dan Isya berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Aziz megingati Kenikmatan dan pemberian dari Allah. Turut hadir pada majlis ini Pengerusi KRT, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En.Suhaindo Rambayau, AJK KRT, Jiran Muda KRT dan Warga KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kelapan akan diadakan pada 23 Jun 2011 di kediaman En. Jawadi Belun.


Rabu, 15 Jun 2011

MAJLIS FIESTA SINGGAH SANTAI PERPADUAN 1 MALAYSIA DAERAHKOTA BELUD







Pada 12/06/2011, Majlis Fiesta Singgah Santai Perpaduan 1 Malaysia Daerah Kota Belud telah diadakan di Padang Pekan dan Dewan Tun Said Kota Belud. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kota Belud dan Jawatan Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Japlin Bin Akim, Pembantu Menteri Pembangunan Infastruktur Negeri Sabah. Turut sama pada majlis ini ialah Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah bin Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Herbert Timbun Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Ybgh. Puan Nurul Akmalina binti Hj. Samsuddin, Pengarah JPNIN Sabah, Ybgh. En, Hamdan Hj Sarudin, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud dan Warga KRT Daerah Kota Belud.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Gerai Pameran dan jualan daripada KRT Daerah Kota Belud, Senamrobik, Pertandingan rentak tari Jiran Muda, Explorace Jiran Muda, Sukan Rakyat, Pertandingan Suara Padu, acara menunggang Kuda, Gotong Royong Memasak , sebelah malam mari meronda Skim Rondaan Sukarela bersama Polis Di Raja Malaysia Bagus Bah !! dan Santai Kopi O di pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kg. Kota Belud.

Khamis, 9 Jun 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KEENAM DIKEDIAMANPENYELARAS TUNAS JIRAN EN. ASRAN HJ. SUIN DI KRT TAMAN NIKMAT








Pada 9 Jun 2011, KRT Taman nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keenam dan bertempat di kediaman En. Asran Bin Hj. Suin. Ini adalah program mingguan yang diadakan di KRT Taman Nikmat ini.

Pengisian program ini antaranya adalah solat Maghrib dan Isya' berjemaah, bacaan yassin, tahlil, dan tazkirah. Pada malam tersebut majlis telah diketuai oleh Ustaz Saifuddin Hj. Ahmad. Tajuk tazkirah pada malam itu ialah Amalan yang diberkati Allah dan juga disampaikan oleh Ustaz Saifuddin. Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat, AJK KRT Taman Nikmat, warga KRT dan pelajar-pelajar sekolah.

Untuk makluman, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ketujuh akan diteruskan pada minggu hadapan dan akan diadakan di kediaman En. Jainudin Bin Bujang pada 16 Jun 2011.

Khamis, 2 Jun 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KELIMA DIKEDIAMAN TUAN HJ MADRIN BIN YAKUB






Pada 2 Jun 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kelima bertampat di kediaman Tuan Hj Madrin Bin Yakub. Ini adalah program mingguan yang diadakan di kawasan rukun tetangga taman nikmat ini.

Antara pengisian ini ialah solat magrib dan isya' berjemaah, bacaan Yassin dan Tazkirah pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Meli Bin Bidin tajuk Tazkirah menjaga sembahyag dan mengelakan daripada menjaga keaifan orang lain. Turut hadir pada majlis ini pengerusi KRT, AJK KRT dan warga KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan warga KRT Taman Nikmat, program ziarah jiranku keluargaku yang keenam akan diadakan pada 9 jun 2011 di kediaman En. Asran Hj Suin,