Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 28 Februari 2012

PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN KOMUNITI SEJIRAN PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD









Pada 28 Febuari 2012 Program kempen keselamatan komuniti sejiran peringkat Daerah Kota Belud. Program ini dianjurkan oleh JPNIN Daerah Kota Belud bertempat di Dewan Datuk Zakaria Pejabat Daerah Kota Belud. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPNIN Negeri Sabah yang mana diwakili oleh En. Zaiazrul Nizam Bin Zaini Penolong Pengarah unit (SRS) JPNIN Sabah.
Pengisian program seperti Ceramah pengurusan Skim Rondaan Sukarela disampaikan sendiri oleh En. Zaiazrul Nizam Bin Zaini, Ceramah Dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud yang di sampaikan oleh Inspector Raime, Ceramah Rakan Cop disampaikan oleh SJN Razali dari PDRM Kota Belud, Taklimat penggunaan Walkie Talkie dan Penyerahan Walkie Talkie kepada 16 buah kawasan Rukun Tetangga yang mempunyai (SRS).
Dalam program ini Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan telah di undang Khas bersama-sama Anggota (SRS) dan beliau telah memberikan ucapan dan penerangan seterusnya berdialog dengan peronda-peronda (SRS). Pengisian program pada sebelah malam Rondaan bersama Polis dan (SRS) di kawasan RT Tambulion, Kg Sorob Kota Belud.
Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En.Md Bisi Jamit, Pegawai-Pegawai Kanan (PDRM) Daerah Kota Belud, Pengerusi-pengerusi KRT, Ahli-Ahli peronda (SRS) dan peronda-peronda (SRS) KRT Taman Nikmat juga telah menghantar wakil dalam program ini.

Sabtu, 25 Februari 2012

MESYUARAT PENYUSUNAN SEMULA JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD








Pada 25 Febuari 2012 Jam 8.00 malam mesyuarat penyusunan semula jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Nikmat bagi tempoh 25.2.2012 hingga 31.12.2013 telah di adakan. Dalam mesyuarat ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En.Bisi Bin Jamit telah hadir meyaksikan mesyuarat ini. Beliau telah memberikan ucapan dan taklimat sebelum mesyurat di mulakan.

Isnin, 20 Februari 2012

SEMINAR KEPENGGUNAAN LESTARI DAN CABARAN MASA KINI





Pada 20 Febuari 2012 Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengantar peserta ke seminar kepenggunaan Lestari dan cabaran masa kini. Seminar ini di anjurkan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan Sekolah Sain Sosial, UMS bertempat Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS.

Sabtu, 18 Februari 2012

SRS KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT RONDAAN BERSAMA (PDRM ) DAERAH KOTA BELUD










Pada 18 Febuari 2012 Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Polis Daerah Kota Belud telah membuat Rondaan bersama dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Selain daripada aktiviti Rondaan SRS pada malam tersebut telah membuat Zirah Jiranku Keluargaku kepada En Rahiman di atas kembalinyanya Kerahmatullah Mentua beliau. Semoga rondaan antara SRS dengan PDRM Daerah Kota Belud ini akan berterusan dengan jayanya.

Rabu, 8 Februari 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULSAW PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT









Pada 5 Febuari 2012/ 12 Rabiulawal 1433H jam 6.00 Petang Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Antara pengisian Majlis Sambutan ini Solat Magrib Berjemah, Bacaan Rawi dan Selawat Nabi di Pimpin oleh En. Rahim Sahali Bendahari KRT Taman Nikmat, Ceramah Agama di sampaikan oleh Ustaz Farhan Al Hafiz dan Solat Isyak Berjemah. Antara tetamu kehormat dalam Majlis ini En. Mohd Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud dan Pengerusi KRT Taman Nikmat AJK KRT dan Warga KRT Taman Nimat.

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN JIRAN WANITA DAN WARGA KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW












Pada 5 Febuari 2012 Jam 8.30 Pagi hingga 12.30 Tengah Hari Jiran Wanita Taman Nikmat telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan sempena sambutan Maulidur Rasul . Antara pengisian program Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Payu Dara, Peap Smear, Tekanan Darah, Kencing Manis, Derma Darah dan hadiah pengunjung bertuah. Kelinik Kesihatan Ibu dan Anak serta Hospital Daerah Kota Belud telah memberi kerjasama dalam program ini. Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pengerusi KRT, Pengerusi Jiran Wanita, AJK KRT, Jiran Wanita dan Warga KRT Taman Nikmat.

RUMAH TERBUKA SEMPENA TAHUN BARU CINA KRT TAMAN NIKMAT 2012









Pada 5.Febuari 2012 Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, KRT Taman Nikmat dan Pn. Chow Mui Len merangkap Bendahari Jiran Wanita KRT Taman Nikmat telah mengadakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bertempat di rumah beliau. Para tetamu telah dijamukan pelbagai juadah. Dalam sambutan ini Pn. Chow Mui Len dan Suami telah memberikan Angpau kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda bagi mengeratkan lagi semangat Perpaduan dalam satu taman perumahan dan disamping itu dapat merealisaikan Jiranku Keluargaku.