Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 4 Oktober 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL KRT TAMAN NIKMAT MENENTANG KRT HOSPITAL KOTA BELUD





 



    Perlawanan antara Pasukan yang menemukan Pasukan KRT Taman Nikmat dan KRT Hospital telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan Persahabatan bertempat di Gelangang Arina Futsal Tuaran. Kedua-dua pasukan ini telah mempamerkan perlawanan yang menghiburkan. Atas dasar persahabatan dan hanya bermain dengan permainan selamat dengan tidak banyak percubaan menyerang bagi kedua-dua pasukan. Namun , semangat kesukanan yang tinggi perlawanan berubah dengan KRT Hospital di bolosi serentak dengan jaringan itu barulah perlawanan berubah dengan KRT hospital bermain dengan lebih serius.

     Secara keseluruhan perlawanan persahabatan ini seimbang dengan kekalah yang tipis kepada KRT Hospital dengan kesudahan KRT Taman Nikmat  menjaringkan 6 jaringan dan KRT Hospital  menjaring 5  jaringan. Turut serta pada perlawanan ini En. Mahamudin Hj Onon Pengerusi KRT Taman Nikmat, En Abas Lalah Pengerusi KRT Hospital , En, Asran Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat , En, Sipail Kota Timbalan Pengerusi KRT Hospital ,  AJK KRT , Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha dan Jiran Muda Kedua -dua pasukan.