Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 31 Disember 2013

PERTANDINGAN FUTSAL KATOGRI TUNAS JIRAN DAN JIRAN MUDA

  










     Kota Belud Pertandingan Futsal Katogri Tunas Jiran dan Jiran Muda telah diadaka di gelangang Futsal Moyo Kota Belud. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menghantar Katogri Tunas Jiran sebanyak satu pasukan manakala Katogri Jiran Muda Kawasan Rukun Tatangga Taman Nikmat Menghantar seramai Dua Pasukan. Tujuan KRT Taman Nikmat menghantar dan menyertai pertandingan Futsal ini adalah untuk memberi pendedahan terutamanya kepada Tunas Jiran ke arah ketahanan mantel dalam menghadapai sebarang pertandingan dan seterusnya dapat menanamkan disiplin diri dan memberi keyakinan  Jati diri terutamanya kepada Jiran Muda yang turut sama dalam pertandingan ini dan di samping itu sebagai pengisian Aktiviti penghujung cuti persekolahan.
     Turut hadir dalam pertandingan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En.Mahmudin Hj Md onon ,Penelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha dan AJK Penganjur.