
Ucapan dan Perasmian Program Dari Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud

Ucapan dari Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang

Ceramah Dari En. Amran Wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud

Jamuan makan malam

Halaman KRT Taman Nikmat di Pagi Hari

Suasana Di Pagi Hari 8 Ogos Kibaran Jalur Gemilang Di KRT Taman Nikmat


Pada 7hb Ogos 2010, bertempat di perkarangan SRS Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Pelancaran Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud.
Turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, En. Bisi Bin Jamit dan Cik Marry Tai,dan tetamu jemputan En Amran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Daerah Kota Belud selaku Penceramah.
Pada 30 Julai lalu, KRT Taman Nikmat telah mendapat bantuan Semburan Pengasapan Nyamuk (pooging) dengan bantuan dari Kementerian Kesihatan Daerah Kota Belud sempena menyambut program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan Sempena Pelancaran Program Sambutan Kemerdekaan adalah ucapan dari Pengerusi KRT Taman NIkmat, En. Mahmudin Hj. Md. Onon, Ucapan dan Pelancaran Program oleh Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Majlis Penyerahan Jalur Gemilang daripada Penolong Pegawai Perpaduan Kepada Pengerusi KRT Taman NIkmat dan Ceramah Keselamatan Bertajuk Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran Oleh En. Amran wakil dari Balai bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud.
Terakhir sekali aktiviti menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di Sekitar Taman Nikmat.