Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 30 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KETIGABELAS DIKEDIAMAN EN. JENATI SUNGOH








Pada 28 Julai 20011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program ziarah Jiranku Keluargaku yang ketigabelas. Program ini adalah program berakhir untuk fasa pertama, bagi perkataan bahasa tempatan (Megang). Program ziarah Jiranku Keluargaku di kediaman En. Jenati Sungoh. Ini adalah Program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.

Antara pengisian ini Solat Magrib dan Isya berjemaah, Bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Ar-Refae. Tajuk Tazkirah sambutan dan kemulian Bulan Ramadhan. Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi KRT Taman Nikmat, Pengerusi KRT Kg Perasan, AJK KRT, Warga KRT Taman NIkmat dan jemputan dari luar kawasan .

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat Program Zirah Jiranku Keluargaku akan di teruskan untuk fasa kedua dan dipelawa kepada warga KRT Taman Nikmat untuk menyertai program ini. Tahniah dan terima kasih Kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat Yang telah menjayakan program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa pertama ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha yang murni ini insaallah.

BENGKEL PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS RASMI RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD








Pada 26 Julai 2011, Bengkel Protokol dan Pengacaraan Majlis Rasmi Rukun Tetangga Daerah Kota Belud. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Datuk Zakaria Bangunan Pejabat Daerah Kota Belud. Program ini telah di sertai oleh Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud dan wakil daripada AJK Kawasan Rukun Tetangga dalam setiap Kawasan Rukun Tetangga.

Fasilitator dalam program ini En. Amran Pegawai Perpaduan Daerah Sepitang. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil telah di sempurnakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit.

Sabtu, 23 Julai 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT











Pada 23 Julai 2011, jam 8 malam pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Antara pengisian sambutan ini seperti :

1. Ceramah keselamatan jenayah komuniti sejiran dan Rakan COP daripada PDRM Kota Belud.
2. Pertemuan sejiran sempena Nisfu Syaa'ban.
3. Kempen satu jiran satu jalur gemilang.
4. Santai satu taman dan cabutan bertuah.

Perasmian program sambutan Bulan kemerdekaan peringkat KRT Taman Nikmat telah di Rasmikan oleh Pengawai Perpaduan Daerah En. Bisi Bin Jamit symbolic perasmian penyerahan jalur gemilang kepada pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin H.j Mohd Onon.

Tetamu kehormat yang hadir dalam program ini Ketua Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan Nadasen. Dalam program bersama KRT Taman Nikmat ini, DSP Mohan telah membuat ucapan dan seranan mengenai dengan keselamatan kejiranan dan pendekatan pro aktif di laksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan penduduk dan rakyat di semua peringkat serta keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Turut sama dalam program ini pegawai-pegawai kanan PDRM Kota Belud, AJK KRT, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Wanita dan Warga KRT Taman Nikmat.

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT MENYERTAI KARNIVAL 1 MALAYSIA KOTA BELUD





Pada 23 Julai 2011, KRT Taman Nikmat telah menyertai dan menghantar wakil seramai enam orang ke Pertandingan Sepak Manggis sempena Karnival 1 Malaysia bertempat di Padang SK Taun Gusi Kota Belud. Peserta KRT Taman Nikmat telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Diucapkan Tahniah kepada peserta - peserta yang telah menyertai dalam pertandingan ini yang mana di ketuai oleh Penyelaras Tunas Jiran KRT Taman Nikmat EN. Asran Hj Suin.

Khamis, 21 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KEDUABELAS DIKEDIAMAN EN. MUMIN YUSUF








Pada 21 Julai 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keduabelas bertempat di kediaman En. Mumin Bin Yusuf.Ini adalah program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian ini solat Magrib dan Isya berjemah, bacaan Yasin, Tahlil dan tazkira pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Samsudin tajuk Tazkirah kedatangan Bulan Ramadhan dan check list diri dalam hari-hari ramadhan selama tiga puluh hari yang telah di wajibkan.

Selain Dari pengisian di atas AJK Dan Warga KRT Taman Nikmat telah mengadakan
solat Hajat berjemaah memohon kepada Allah, agar sahabat kami Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En. Bakrin Bin Hj Yusuf yang telah di masukkan ke Hospital Damai supaya sehat sejetra dan dapat menjalankan tugas beliau. Solat Hajat ini di bimbing oleh Ustaz Rasidi. Turut hadir dalam program ini Pengerusi KRT, AJK KRT,Jiran Muda,Jiran Wanita dan wagra KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku Yang ketigabelas dan (Megang) diadakan pada 28 Julai 2011 dikediaman En. Jenati Sungoh.

Isnin, 18 Julai 2011

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KRT TAMAN NIKMAT

Warga KRT Taman Nikmat di jemput hadir ke Program Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat KRT Taman Nikmat seperti ketatapan berikut:

Tarikh : 23 Julai 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Perkarangan Pondok (SRS) KRT Taman Nikmat.

Pengisian Program:
1. Ceramah keselamatan Komuniti sejiran daripada (PDRM) Kota Belud
2. Pertemuan Sejiran sempena NISFU SYAABAN
3. Kempen 1 Jiran 1 Jalur Gemilang Bagus Bah!!!
4. Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat KRT Taman Nikmat oleh;
Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud (YBH. En. Md Bisi B Jamit)
5. Santai Satu Taman & cabutan bertuah kepada Warga KRT Taman Nikmat.

"MANGAN NIA MANGAN ASAL KURUNG-KURUNG"

"KUMAN DEE KUMAN ASAL TIMU-TIMU"

" KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI!!!!

Khamis, 14 Julai 2011

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KESEBLAS DIKEDIAMAN PENGERUSI JIRAN WANITA PUAN ASIAH BTE MAGIT







Pada 14 Julai 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keseblas bertempat dikediaman Pn. Asiah Bte Magit. Ini adalah program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ini.

Antara pengisian ini Solat Magrib dan Isya berjemaah, Bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di samapaikan Oleh UStaz Rosli Imam Kg Jawi-Jawi Kota Belud. Tajuk Tazkirah Isra` Mikraj. Turut hadir pada majlis ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiran Wanita, Jiran Muda dan Warga KRT Taman Nikmat.

Untuk Makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keduabelas akan di adakan pada 21 Julai 2011 di kediaman En. Mumin Yusuf.

Khamis, 7 Julai 2011

SRS KRT TAMAN NIKMAT MENGIIKUTI PROGRAM PDRM BERSAMA PELANGGAN





Pada 7 Julay 2011 Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengikuti Program PDRM Bersama Pelanggan. Program yang di buat PDRM ini adalah memberi peluang kepada lapisan mesyarakat dalam Daerah Kota Belud bertemu terus dengan PDRM dalam usaha membantu masyarakat. Tahniah dan terima kasih kepada PDRM Kota Belud.




Jadual Program Bersama Pelanggan seperti Berikut:

Tarikh: Hari Khamis Minggu Pertama (Hari Bekerja) setiap Bulan

Masa: 9.00 Pagi Hingga 12 Tengahari

Tempat: Di Dewan Pengaman IPD Kota Belud


Tarikh: Hari Sabtu Minggu Ketiga (Hari Kelepasan AM) Setiap Bulan

Masa: 2.00 Petang Hingga 5.00 Petang

Tempat: Di Dewan Pengaman IPD Kota Belud.


PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU YANG KESEPULUH DIKEDIAMAN EN.MASRAN TALIB








Pada 7 July 2011, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan program Ziarah Jiranku Keluargaku yang kesepuluh bertempat dikediaman En. Masran Talib. Ini adalah program mingguan yang diadakan dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat .

Antara pengisian program ini Solat Magrib dan Isya berjemaah, Bacaan Yassin, Tahlil dan Tazkirah pada malam tersebut telah di sampaikan oleh Ustaz Rasidi tajuk Tazkirah Kepentingan menjaga iman. Turut hadir pada majlis ini Pengerusi KRT, AJK KRT , Jiran Muda, Tunas Jiran dan warga KRT Taman Nikmat.

Untuk makluman kepada AJK dan Warga KRT Taman Nikmat, Program Ziarah Jiranku Keluargaku yang keseblas akan di adakan pada 14 July 2011 di kediman Pengerusi Jiran Wanita Puan Asiah Bte Magit