Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 13 Mei 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2014 "KEMPEN HAPUSKAN DENGGI" WARGA KRT TAMAN NIKMAT

Pada 13 Mei 2014, warga KRT Taman Nikmat Kota Belud telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana "Kempen Hapuskan Denggi".  

Program ini dihadiri Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin bin Hj. Mohd Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuati Hj. Adsad, Penyelaras Tunas Jiran En. Masran Talib, Penyelaras Jiran Usia Emas En. Jefrey Lee, Ajk Tertinggi KRT serta semua Warga KRT Taman Nikmat. Turut serta hadir dalam menjayakan program ini dari Jabatan Kesihatan Kawasan Kota Belud.


Antara aktiviti yang dijalankan seperti membersihkan saluran parit dan longkang, membuang sisa-sisa takungan air, membersihkan semak samun dan belukar dan pada sebelah petang pula bantuan semburan fogging dari Jabatan Kesihatan Kawasan Kota Belud bagi membasmi nyamuk aedes.



Secara keseluruhan program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara waraga malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat.

Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dan wajah kegembiraan di kalangan Warga KRT Taman Nikmat.