Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 29 Januari 2017

PROGRAM PERKEMAHAN JATI DIRI JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Aktiviti bagi tahun baru 2017 dimulakan dengan Program Perkemahan Jati Diri Jiran Muda yang diadakan di Capernaum Garden Kg. Narinang Kota Belud. Pekemahan kali ini diadakan selama 2 hari 1 malam dimana melibatkan seramai 30 orang jiran muda dan 6 orang AJK program terlibat.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Tuan Mohd Bisi Bin Jamit turut hadir dan sekaligus merasmikan program Jati Diri Jiran Muda ini. Beliau berkata sememangnya pengukuhan jati diri dikalangan anak muda amat perlu bagi memampankan struktur semangat patriotik serta cinta kepada agama, bangsa dan negara. Beliau juga mengucapkan tahniah ke[ada KRT Taman Nikmat kerana berjaya menjayakan Kem yang banyak memberi faedah kepada anak-anak muda ini. 

Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon juga merasakan perkemahan sebegini adalah perkemahan yang sangat membantu dalam pembentukan jati diri jiran muda. Disiplin merupakan asas penting yang perlu diperkuatkan kerana tanpa disiplin perkara negatif mudah menumbuh di jiwa anak muda. Seiring dengan objektif utama kem ini iaitu membina daya tahan mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran dan membina minat dalam kegiatan rekreasi, cinta alam dan aktiviti lasak. Dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membangkitkan semngat juang, motivasi dan berupaya merancang kejayaan.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang kem :

1. Pendaftaran peserta
2. Malam Perasmian yang dirasnikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud
3. Pembahagian peserta mengikut kumpulan dan membentuk kumpulan
4. Aktiviti Mendaki Bukit Karaminsung, Kg Narinang dalam 45 minit pendakian
5. Aktiviti Memasak Telur dengan ikhtiar sendiri
6. Latihan asas berenang yang diajar oleh En. Mohd Fauzan Mahamudin, jurulatih renang dan keselamatan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
7. Makan Tengahari
8. Bersurai.

Turut serta didalam program ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, Peneylaras Jiran Wanita Puan Nuati Adsad dan AJK Tetringgi KRT Taman Nikmat En, Amidi Bin Darus dan AJK tertinggi yang lain.