Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 13 Januari 2014

PERLAWANANPERSAHABATAN FUTSAL JIRAN MUDA DAN AJK KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD










KOTA BELUD : Jiran Muda dan Ajk KRT Taman Nikmat telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan Jiran Muda KRT Kg.Kota Peladok Rudang Kota Belud.pada 13 Januari 2014. Perlawanan persahabatan yang julung kalinya diantara kedua dua KRT ini berlangsung di Kompleks Sukan Butong Kota Belud. Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan setiakawan dan perpaduan. Disamping itu, ia adalah untuk mengisi takwim aktiviti KRT Taman Nikmat untuk tahun 2014 ini.

Antara yang hadir pada perlawanan ini ialah Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Mohd Onon, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En Asran Hj Suin, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha dan Penyelaras Jiran Muda KRT KG.Kota Peladok En Rajuan Musrin.