Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 30 Ogos 2018

SAMBUTAN MALAM AMBANG MERDEKA 2018 KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Lazimnya KRT Taman Nikmat akan menyambut hari bersejarah bagi rakyat Malaysia iaitu Hari Kebangsaan. Justru itu, KRT Taman Nikmat tidak pernah lupus untuk program program yang diatur dan dijayakan bagi menyemarakan lagi bahang sambutan Hari Kebangsaan.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat, En. Mahamudin Bin Hj Mohd Onon berkata sepanjang didalam menyambut bulan Kebangsaan ini dengan pelbagai program telah diatur. Dengan pengisian program program kemasyarakatan begini setidaknya penduduk KRT Taman Nikmat tidak terasing untuk menyambut Hari Merdeka di tempat sendiri. Memfokuskan didalam kehendak dan rentak kotak pemikiran anak anak  generasi baru adalah juga satu cabaran yang terkini. Gaya hidup anak anak era kini bukan seperti di abad abad yang lalu. Oleh itu, pendedahan kepada Jiran Muda akan pentingnya menghayati Hari Kebangsaan ini juga perlu dilakukan oleh masyarakat sekeliling dan bukan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada institusi pendidikan sahaja. Dengan adanya aktiviti fizikal dan berinteraksi tidak mengira peringkat umur dapat membentuk suasana hormat menghormati dan kesepaduan dalam masyarakat.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En Bisi Bin Jamit dalam ucapan beliau juga menekankan akan pentingnya kesepaduan dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab keseluruhan sesebuah komuniti untuk saling hormat menghormati dan berkerjasama agar nilai murni yang kita kecapi kini tidak ditelan zaman. Beliau seterusnya merasmikan Majlis Malam Ambang Merdeka 2018 Peringkat KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Menanti detik emas 12 tengah malam, beberapa program yang telah disediakan kepada penduduk KRT Taman Nikmat. Antaranya, pertandingan nyanyian lagu lagu patriotik. Yang menariknya, 10 peserta mengambil bahagian dan kesemuanya peserta daripada Jiran Muda. Pertandinagan telah diadili oleh juri jemputan iaitu En. Zainal Abidin Ahmad dan En. Rahim Sahili Wahit,

Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti aktiviti di dalam sepanjang bulan kebangsaan ini. Bagi acara sukan Sepak Takraw dimenangi oleh pasukan Harapan Juara, Naib Johan pasukan Daras dan tempat ketiga pasukan Tepak Bubur. Acara Street Soccer pula dimenangi oleh Geng Karas, tempat kedua pasukan Thirty7 FC dan ketiga dimenangi oleh Urusetia FC . Acara kanak kanak juga dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna hari kebangsaan yang dimenangi oleh adik Rauah Reati Ramli. Tempat kedua adik Siti Zulaikha Rajin dan ketiga Nur Sumayyah Sharul Nizam. Untuk pertandingan nyanian lagu lagu patriotik pula, johan disandang oleh adik Zaza Jamri, tempat kedua adik Alessandra dan ketiga adik Ilyana Sazlin. Anugerah Pemain Berbakat Sepak Takraw diberikan kepada adik Afiq Awang dan adik Faiz Adis. Anugerah khas sempena hari kebangsaan turut diadakan dan diberikan kepada Adik Zul Aslan Jaslin sebagai hadiah khas Jiran Muda Contoh peringkat KRT Taman Nikmat. Kesemua hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Detik 12 Malam tanggal 31 Ogos laungan Merdeka sebanyak 3 kali kedengaran yang dipimpin oleh Pegawai Perpaduan daerah Kota Belud, Seterusnya diiringi Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Turut Hadir Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Setiausaha En. Abel Bin Mustapha, Ketua Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuatu Adsad, Ketua Penyelaras Jiran Muda En Zakaria Jamlin, AJK Tertinggi KRT Tamkan Nikmat, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En Fadli dan warga KRT Taman Nikmat 

                                          Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

                                     Ucapan Alu Aluan Pengerusi KRT Taman Nikmat

                                            Ucapan Perasmian Pegawai Perpaduan Daerah

                                      Peserta Nyanian Lagu Lagu Patriotik Adik Alessandra

                                                                          peserta
                                              Johan Pertandigan Mewarna Kanak kanak

                                               
Johan Sepak Takraw

Johan Pertandiangan Street Soccer 


                                                  Anugerah Khas Jiran Muda Contoh

                                               Pemenang Ketiga Nyanyian Lagu Patriotik

                                                   Tempat ke 2 Nyanyian lagu patriotik

                                                      Johan Nyanyian lagu patriotik




                                                               Pasukan sepak takraw

                                                               pasukan street soccer