Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 26 April 2012

KURSUS KEMAHIRAN PROSES MEDIASI KOMUNITI 20 LANGKAH TAHAP 1


Pada 18 hingga 21 April 2012 Kursus kemahiran proses mediasi komuiti 20 langkah (Tahap 1) Zon Sabah, Sarawak dan WP. Labuan bertempat di Mega Hotel Miri Sarawak. Anjuran Institut kajian dan latihan integrasi nasional (IKLIN) Jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional.

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGA FASA KEDUA YANG KELIMA DI KEDIAMAN PENYELARAS TUNAS JIRAN



 

Pada 26 April 2012 Program Ziarah Jiranku Keluargaku bertempat dikediaman En. Masran Taib. Antara pengisian program solat magrib dan isyak berjemaah bacaan Yassin di Pimpin Oleh Ustaz Rasidi, Tazkirah di sampaikan oleh Pengetua SMKA Tun Said Kota Belud Ustaz Azman. Tajuk Tazkirah Kebaikan Solat Berjemaah dan Kemulian terhadap manusia.

Antara tetamu yang hadir dalam program in Pengerusi KRT, AJK KRT Jiran Muda Jiran Wanita dan warga setempat.Untuk makluman kepada Warga KRT Taman Nikmat program yang keenam akan di maklumkan kemudian.

PROGRAM HIGHT PROFILE POLICING PDRM DAN MSYARAKAT PRINGKAT IPD KOTA BELUD ERSAMA YDH. DCP DATO HJ HAMZAH B TAIB PESURUHJAYA POLIS SABAH

 Pada 25 April 2012 Program High Profile Policing PDRM dan masyarakat peringkat IPD Kota Belud.Bersama-sama YDH. DCP. Dato Hj Hamza B.Taib Pesuruhjaya Polis Sabah bertempat di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud.

Pengisian program Bacaan Doa, Ucapan YDH DCP Dato Hj Hamza B Taib Pesuruhjaya Polis Sabah, Tarian Kebudayaan, Penyampaian Cek kepada bekas-bekas Polis yang berkhidmat antara tahun  1962 Hingga 1974 melalui One off kerajaan Malaysia. Pesuruhjaya Polis Sabah di pekan Kota Belud bersama-sama Ketua Polis Daerah DSP Mohan, Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan Polis Pengerusi-pengerusi NGO serta Warga IPD Kota Belud..




Dalam program ini Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud telah menghantar peronda SRS keprogram ini seramai lapan puluh orang dan SRS KRT Taman Nikmat telah menghantar peronda seramai lima orang.

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU FASA KEDUA YANG KEEMPAT DI KEDIAMAN CIGU BAHRUM

  



Pada 19 April 2012 Program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa kedua yang keempat dikediaman Cigu Bahrum.Anatara pengisian program ini Solat Magrib dan isyak berjemaah Bacaan Yassin, Doa Tahlil Program ini telah di pimpin oleh En.Nasdin Pumpunga. Antara tetamu yang hadir AJK KRT dan warga setempat.

Jumaat, 13 April 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU (FASA KE 2) DI KEDIAMAN EN RAHIM SAHALI




   Pada 12 April 2012 Program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa ke 2 telah berlangsung di kediaman En. Rahim Sahali Bendahari KRT Taman Nikmat. Pengisian program Solat Magrib dan Isyak berjemah , Bacaan Yassin , Tahlil dan  Doa yang mana di pimpin oleh Ustaz Jefrey. Manakalah Tazkirah di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga, Tajuk Tazkirah Hak dan Kewajipan seorang Muslim kepada orang muslim.

   Turut hadir dalam program ini Penolong Pegawai Pendidikan Daerah En. Azral Bin Hj Sekal , Pengerusi KRT
AJK KRT , Jiran Wanita , Jiran Muda , Tunas Jiran dan Jiran Setempat. Untuk makluman kepada Warga KRT Taman Nikmat program Ziarah JIranku Keluargaku yang keempat di kediaman Cigu Bahrom Hasyim.