Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 11 Februari 2019

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2019

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Nikmat telah mengadakan Pertandingan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat.

Ketika ucapan majlis perasmian dan penutupan program ini, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj Mohd. Onon berkata pertandingan ini adalah julungannya diadakan oleh KRT Taman Nikmat. Perasaan teruja yang mendalam kerana berjaya menjadikan sukan ini sebagai aktiviti sukan tambahan didalam komuniti kami. Adalah menjadi keutamaan agar ahli komuniti sentiasa bergiat aktif untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.

Dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan menunjukkan betapa sukan ini masih lagi mendapat tempat dihati rakyat khususnya didalam KRT Taman Nikmat. Antara pasukan yang bertanding ialah Pasukan Berapi, Avangers, All Killer, Guntur Alam,Tengkabalan dan Kaki Besi. Oleh itu, pertandingan ini akan diusahakan menjadi pertandingan tahunan di KRT Taman Nikmat untuk warga disini. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat dan juara disandang oleh pasukan Berapi, tempat kedua pasukan Avangers dan ketiga pula pasukan All Killer.

Turut hadir Pengurus Sukan Sepak Takraw KRT Taman Nikmat Ustaz Abdul Jabar Bin Ahmad Jaid, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Bendahari En. Rahim Bin Sahali dan peserta peserta pertandingan.