Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 8 November 2015

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA KRT DAERAH KOTA BELUD ANJURAN KRT TAMAN NIKMAT

Berlangsung pertandingan bola tampar antara KRT dalam Daerah Kota Belud pada 8 November 2015 menyaksikan sebanyak 6 pasukan yang bertanding. Pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh KRT Taman Nikmat ini mendapat sambutan yang sanagat menggalakan.
Antara KRT yang menyertai iaiatu KRT Kg. Pirasan , KRT Kg. Pirasan Bukit Bendera, KRT Kg. Tambulion, KRT Hospital dan KRT Taman Nikmat menghantar wakil sebanyak 2 pasukan A dan B.
Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata kemenangan bukan pokok utama dalam anjuran pertandingan ini akan tetapi sikap hormat menghormati dan berkawan dengan ahli komuniti lain diterapkan agar sikap dan sifat positif harmoni yang ada disebarkan dengan menyeluruh didalam daerah Kota Belud ini.
Johan dimenangi KRT Hospital Kota Belud membawa pulang Piala pusingan dan wang tunai. Tempat ke dua disandang KRT Tambulion dan ketiga dari KRT Kg. Pirasan.
Turut serta Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Sazali bin Mad Shah yang juga turut merasmikan penutupan program ini, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Pengurus Telekom Kota Belud En. Amidi Darus, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Able Mustapha dan Ajk tertinggi. Piala Pusingan disumbangkan oleh En. Amidi Darus.