Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 26 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BELUD BERSAMA PEMIMPIN DAN MESYUARAT SETEMPAT

Pada 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1435 H, Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi En. Mahamudin Hj. Md. Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin dan AJK KRT Taman Nikmat ke Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau Nurul Ain Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud.
         Pengisian program berbuka puasa, solat Maghrib, jamuan makan, penyampaian derma kepada pelajar kurang berkemampuan SMK Arshad Kota Belud dan Balu Anggota Polis daerah Kota Belud, Solat Isyak, solat Tarawih dan majlis moreh.
          Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini Pegwai Daerah Kota Belud En Gari B Hj. Hitam, DSP Mohan Nadasen Ketua Polis Daerah Kota Belud, Mantan ADUN N8 Usukan Datuk Japlin Hj. Akim, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin-pemimpun Masyarakat Kota Belud dan Warga PDRM.







Ahad, 7 Julai 2013

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH JIRANKU KELUARGAKU KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

KOTA BELUD : Program Ziarah Muhibbah Jiranku Keluargaku sempena menyambut kedatangan
bulan Ramadhan panggilan penduduk tempatan (miggang) telah diadakan dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mengukuhkan lagi silaturahim, mengeratkan perpaduan dan membina semangat kekitaan yang tinggi dikalangan jiran-jiran KRT seterusnya ke arah 1 Malaysia yang jitu dan bersatu. Ini  adalah antara petikan ucapan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin B Hj Md.Onon. Ucapan perasmian Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Mohd Bisi Bin Jamit menyaran dan memuji KRT Taman Nikmat dalam penganjuran ini kerana ianya dapat mengujudkan perpaduan dikalangan jiran-jiran terdiri daripada pelbagi bangsa dan latar belakang dan dapat melibatkan semua golongan melalui aktiviti keagamaan yang berfaedah.
Diakhiri program pula penyerahan panduan dan risalah keselamatan dari PDRM Kota Belud kepada semua warga  KRT Taman Nikmat yang disampaikan oleh Sarjan Razali kepada Pegawai Perpaduan Kota Belud. Antara yang hadir dalam program ini Timbalan Pengerusi En. Asran hj Suin ,  AJK KRT, Jiran Wanita Jiran Muda dan Tunas Jiran.
Pengisian program adalah seperti berikut : 
                               I.            Solat Maghrib berjemaah
                            II.            Bacaan tahlil dan doa
                         III.            Tazkirah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Agama Pondok Ust. Saifuddin
                         IV.            Solat Isyak berjemaah
                            V.            Jamuan




 .