Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 31 Mac 2012

Program Ziarah Jiranku Keluargaku ( FASA ke 2) di kediaman Encik Nasdin





Pada 29 March 2012 program Ziarah Jiranku Keluargaku fasa ke 2 telah berlangsung di kediaman Encik Nasdin Pumpunga setiausaha KRT Taman Nikmat. pengisian program solat isyhak, tahlil dan doa yang di pimpin oleh ustaz Samsudin dan seterusnya beliau telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk mengingati mati.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengurusi krt, Ajk Krt, Jiran Wanita, Jiran Muda dan Tunas jiran. Untuk makluman pada warga Krt Taman Nikmat program Ziarah Jiranku Keluargaku yang ketiga akan dimaklumkan kemudian.

Ahad, 25 Mac 2012

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT DAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH KOTA BELUD TERPILIH MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN MAJLIS SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS









Pada 25 Mac 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud telah megadakan majlis perbarisan peringatan Hari Polis ke 205, Tahun 2012 bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud.

Dalam Majlis ini Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud telah diberikan Sijil Penghargaan yang mana telah disampaikan Oleh YDH. DSP Mohan Nadasen Ketua Polis Daerah.

MAJLIS SINGGAH SANTAI PERPADUAN SEMPENA MAJLIS PERJUMPAAN AWAL TAHUN YBHG PENGARAH JPNIN SABAH







Pada 24 Mac 2012 Majlis singga santai perpaduan sempena majlis perjumpaan awal Tahun YBHG. Puan Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin Pengarah JPNIN Sabah dengan Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud bertempatan Dewan Chung Hwa Kota Belud.

Anatara pengisian majlis memproses Mee Kuning Sehat oleh Chef Cgu Kiman, Pelancaran kelab Pendengar Setia Utara FM, Pertandingan lagu-lagu karaoke 1 Malaysian persembahan Nyanyian oleh Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Kota Belud.

Tetamu yang hadir pada majlis ini En. Bisi Jamit Pegawai Perpaduan Daerah, ASP Abang Faisal Bin Yamin Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, En. Harun Awg Daing Pengerusi Kelab Peminat dan Pendengar Utara FM, Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Warga KRT dan penduduk setempat.

Jumaat, 23 Mac 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU FASA KEDUA DIKEDIAMAN EN.MAHMUDIN HJ MD ONON PENGERUS KRT TAMAN NKMAT KOTA BELUD







Pada 22 Mac 2012, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat mengadakan Program Ziarah Jranku Keluargaku fasa kedua. Program Ziarah jiranku keluargaku dikediaman En.Mahmudin Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.

Antara Pengisian program ini Solat Magrib dan isya berjemah, Bacaan yassin, tahlil dan tazkirah. Bacaan Doa , yassin dan tahlil di pimpin oleh Ustaz Hamdan manakalah Tazkirah telah di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga. Tajuk Tazkirah Fadilat membaca surah yassin.

Tetamu kehormat dalam program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Jamit dan d hadiri oleh AJK KRT, Jiran Wanita, Jiran Muda dan warga KRT Taman Nikmat.