Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 1 Jun 2015

JARINGAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KRT TAMAN NIKMAT DENGAN PERSATUAN BOLA TAMPAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI SABAH

KRT Taman Nikmat meluaskan lagi jaringan persahabatan melalui sukan bola tampar dan kali ini bersama Paasukan Bola Tampar Bomba Dan Penyelamat Negeri Sabah yang berlangsung di gelanggang bola tampar Runway Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Dilihat acara sukan sebegini adalah salah satu medium yang berkesan dalam bersuai kenal dan menjalinkan persahabatan baru dikalangan komuniti terutama komuniti di tempat lain. Langkah ini juga disokong penuh oleh jabatan-jabatan kerajaan kerana ia dapat meningkatkan lagi nama dan kredebiliti jabatan melalui sukan.
Hadir sama dalam perlawanan persahabatan kali ini Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon dan Pasukan Bola Tampar Bomba Dan Penyelamat Negeri sabah diketuai oleh Tuan Devi Rashedee Engsoi. Turut serta Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Mustapha.