Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 18 Februari 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD BERSAMA UNIT LAPANG SASAR ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KOTA BELUD



Perlawanan persahabatan yang julung julung kali diadakan diantara KRT Taman Nikmat dan Unit Lapang Sasar Angkatan Tentera Malaysia ini telah diadakan di Gelanggan Bola Tampar Hospital Daerah Kota Belud.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahahamudin Bin HJ Mohd Onon, tujuan perlawanan persahabatan ini semestinya mahu meneruskan tradisi KRT Taman Nikmat sebagai salah satu KRT yang ada didaerah ini khususnya yang menerapkan keterbukaan dalam menjalinkan persaudaraan. Ia meliputi kepada seluruh komuniti dan organisasi dalam bersukan secara sihat dan disulamkan sifat keharmonian. Menang atau kalah bukan itu menjadi ukuran. Apa yang utamanya menjaga kesihatan dan menyampaikan mesej keharmonian kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, Angkatan Tentera  Malaysia. Mereka ini adalah benteng dalam keselamatan Negara kita. Fokus mereka adalah semestinya 100% dan bukan gurauan. Diharap dengan hiburan sukan dan persahabatan ini dapat meredakan sedikit beban tugas yang digalas penuh.

Turut sama Pegawai Waraan II Unit Lapang Sasar, Tuan Roslan Bin Ramali yang mengetuai pasukan. Beliau juga merakamkan terima kasih atas jemputan perlawanan persahabatan ini. Mengetahui akan kesibukan dan fokus dalam berkhidmat adalah sukar. Akan tetapi dengan adanya riadah secara persahabatan begini sekurang kurangnya membantu para pegawai lain dan terus bersemangat dalam menjalankan tugas dan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Turut hadir Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikamat En. Abel Bin Julian dan AJK KRT Taman Nikmat.