Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 17 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TARAWIH BERSAMA YDH DATUK NOOR RASHID BIN IBRAHIM PESURUHJAYA POLIS SABAH


Pengurusi dan Anggota SRS KRT Taman Nikmat dijemput hadir dimajlis ini

Anak-anak Yatim Darul Bakti Kota Belud turut sama diraikan dimajlis ini

Masyarakat cina Kota Belud turut sama dimajlis berbuka puasa ini demi merealisasikan gagasan Satu Malaysia

Pada 16 Ogos 2010 jam 6.00 petang, Ibu pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi dan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT TAman Nikmat ke Majlis Berbuka puasa dan Solat Sunat Terawih bertempat Surau Nurul Ain Ibu pejabat Daerah Polis Kota Belud bersama YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sabtu, 7 Ogos 2010

GOTONG ROYONG PERDANA PROGRM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT 2010






8 Ogos 2010, warga KRT taman Nikmat bergotong-royong membersihkan kawasan blok masing-masing. Semua blok terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.


Ini adalah akitiviti sempena bulan Kemerdekaan selepas Pelacaran Pada 7 Ogos yang lalu.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD


Ucapan dan Perasmian Program Dari Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud

Ucapan dari Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang

Ceramah Dari En. Amran Wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud

Jamuan makan malam


Halaman KRT Taman Nikmat di Pagi Hari

Suasana Di Pagi Hari 8 Ogos Kibaran Jalur Gemilang Di KRT Taman Nikmat




Pada 7hb Ogos 2010, bertempat di perkarangan SRS Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Pelancaran Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud.

Turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, En. Bisi Bin Jamit dan Cik Marry Tai,dan tetamu jemputan En Amran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Daerah Kota Belud selaku Penceramah.

Pada 30 Julai lalu, KRT Taman Nikmat telah mendapat bantuan Semburan Pengasapan Nyamuk (pooging) dengan bantuan dari Kementerian Kesihatan Daerah Kota Belud sempena menyambut program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan Sempena Pelancaran Program Sambutan Kemerdekaan adalah ucapan dari Pengerusi KRT Taman NIkmat, En. Mahmudin Hj. Md. Onon, Ucapan dan Pelancaran Program oleh Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Majlis Penyerahan Jalur Gemilang daripada Penolong Pegawai Perpaduan Kepada Pengerusi KRT Taman NIkmat dan Ceramah Keselamatan Bertajuk Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran Oleh En. Amran wakil dari Balai bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud.

Terakhir sekali aktiviti menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di Sekitar Taman Nikmat.