Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 22 Julai 2014

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT MENGIKUTI OPS SELAMAT ANJURAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BELUD


Sempena Umat Islam akan merayakan Hari Raya Adidil Fitri di bulan Syawal ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud telah mengadakan Kempen OPS SELAMAT yang bermula 21 Julai hingga 3 Ogos 2014. Kempen ini juga disertai oleh SRS Kawasan Rukun Tetanga Taman Nikmat Kota Belud.

Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj. Md. Onon mahu agar semua warga KRT Taman Nikmat untuk mengambil berat dan memandang serius kepada segala maklumat dan arahan penting seperti yang terdapat didalam kempen ini. Ini bagi memastikan kediaman dan permis perniagaan KRT Taman Nikmat berada dalam keadaan selamat.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Supt. Mohan Nadasen mengingantkan agar mengisi mengisi Borang OP Balik Kampung sebelum meninggalkan kediaman atau permis. Borang boleh diserahkan semula kepada Pengerusi, Timbalan dan Ajk Tertinggi KRT Taman Nikmat bagi diserahkan sekali ke Ibu Pejabat Polis Daerah. Dengan kerjasama ini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Dan KRT Taman Nikmat telah mereliasisakan program perkongsian pintar yang telah diuar-uarkan sebelum ini.