Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 30 Mei 2013

JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT MENGIKUTI PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP KRT LEBAK MOYO SEMPENA CUTI SEKOLAH

Pada 30 Mei 2013, bertempat di gelanggang futsal Moyo Kota Belud, satu pertandingan futsal tertutup KRT Lebak Moyo telah diadakan sempena sesi cuti persekolahan. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menghantar pasukan Jiran Muda KRT Taman Nikmat bagi mengikuti pertandingan ini. Turut serta ke pertandingan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin B. Hj. Mohd Onon dan Pengerusi KRT Lebak Moyo En Norjan untuk bersama  menyaksikan dan memberi dorongan kepada Pasukan Jiran Muda KRT Taman Nikmat dan pasukan lain.
Sebanyak 7 pasukan telah mengikuti pertandingan ini. Menyorot prestasi Jiran Muda KRT Taman Nikmat dalam pertandingan ini, terdapat peningkatan dalam kemahiran dan strategi perlawanan Jiran Muda KRT Taman Nikmat. Statistik penuh pasukan ini telah berjaya masuk ke pusingan ke 3 dengan 1 kemenangan dan 1 kalah.Tahniah diucapkan kepada pasukan Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.







Sabtu, 25 Mei 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KRT TAMAN NIKMAT DENGAN PERSATUAN BOLA TAMPAR DAERAH KOTA BELUD

Pada 25 Mei 2013 bertempat di gelanggan bola tampar Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar bersama Persatuan Bola Tampar Kota Belud,
Obejektif perlawanan persahabatan ini adalah untuk menjalinkan silaturahim dan semangat kesukanan dikalangan jiran muda. Perlawanan ini dirancang oleh Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.Turut sama dalam perlawanan ini penyelaras Jiran Muda KRT Taman NIkmat En. Abel Julian dan Pengerusi Bola Tampar Daerah Kota Belud.