Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 20 Julai 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU (MIGANG) DI KEDIAMAN EN. ABEL MUSTAPHA



Pada 19 Julai 2012 program majlis (Migang) KRT Taman Nikmat telah di adakan di kediaman En. Abel Mustapha. Pengisian Program Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, Bacaan Yassin , Tahlil dan Doa di pimpin oleh Ustaz Jefry. Tazkirah yang bertajuk persedian dalam mengerjakan ibadat puasa dalam Bulan Ramadhan pada siang dan di malam hari di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga. Antara yang hadir Pengerusi KRT, Jiran Muda, Jiran Wanita Tunas Jiran dan Warga setempat.









PROGRAM KEMPEN SATU JIRAN SATU JALUR GEMILANG KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Pada 17 Julai 2012 jam 8,00 malam Program kempen Satu Jiran satu Jalur Gemilang telah diadakan di perkarangan pondok SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud. Program ini telah di lancarkan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Md onon. Antara pengisian program Jamuan Teh Sejiran dan Roti Masin dan memasang Jalur Gemilang dalam kawasan KRT Taman Nikmat. Antara yang hadir AJK KRT, Jiran Muda dan warga KRT Taman Nikmat.









Selasa, 3 Julai 2012

PROGRAM PERTEMUAN JIRAN MUDA SETAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER INSTITUT PENGAJIAN TINGGI





Assalamualaikum W.b.t dan Salam Pepaduan, Salam 1Malaysia.

Pada 2 julai 2012, program pertemuan jiran muda setaman sempena cuti semester bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi dan pelajar sekolah menengah atas Krt Taman Nikmat Kota Belud.

Antara pengisian program ialah, perlawanan persahabatan futsal jiran muda antara pelajar Institut Pengajian Tinggi melawan pelajar Sekolah Menengah atas. Perlawanan ini telah berlangsung di gelanggang bola keranjang Krt Taman Nikmat. Selain itu, Program BBQ turut diadakan pada malam selepas perlawanan futsal berlangsung. Turut menghadiri, Pengerusi Krt Taman Nikmat serta Ajk-Ajk yang lain.