Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 19 Jun 2014

MAJLIS KENDURI MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN (MIGANG) DAN DOA SELAMAT PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT

KOTA BELUD: KRT Taman Nikmat telah mengadakan majlis kenduri sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan (Migang) yang bertempat di kediaman Pengerusi  KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj.Mohd Onon. Selain itu majlis kenduri ini disertakan doa selamat bagi Jiran Muda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah untuk sesi baru ini.
Program dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Selepas itu, bacaan Yasin berserta doa selamat. Selesai itu, disusuli pula Ceramah Agama pula bertajuk "Ramadhan dan Hikmahnya" yang disampaikan oleh Ustaz Ghazali Bin Zakaria dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah. Selepas itu jamuan makan malam untuk para jemaah dan jemputan.
Turut serta di dalam majlis ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Setiausaha En. Nasdin Pumpunga, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, JiranWanita dan Jiran Muda KRT Taman Nikmat.







 .

Isnin, 16 Jun 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH 14 HINGGA 15 JUN 2014 DI DAERAH KOTA BELUD














KOTA BELUD pelbagai program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Tamu Mingguan Kota Belud. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat tidak ketinggalan menyertai sambutan minggu Perpaduan dengan mengambil  anak-anak angkat dari Daerah Sandakan, Kunak dan Kuala Penyu. Semasa anak-anak angkat ini berada dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Majlis Malam Mesra dan makan Malam bersama anak- anak angkat dan warga. Program Majlis bersama anak angkat ini telah di hadiri oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Md.Onon , Setiausaha KRT En Nasdin Pumpunga , Bendahari KRT En. Rahim Sahali ,Pengerusi Jiran Wanita Pn. Nuhati Hj Ansad , Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha , Penyelaras Tunas Jiran En,. Masran Talib dan AJK KRT Taman Nikmat. Pada Majlis Malam Mesra yang diadakan di keidaman Pengerusi, Pengerusi KRT taman Nikmat dan warga mengalu-alukan kedatangan mereka dan berharap silaturahim yang  baru terjalin ini akan berkekalan selamanya.
       Pelancaran Minggu Perpaduan ini telah di sempurnakan Oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam sambutan  ini Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menerima Anugerah Cemerlang Skim Rondaan Sukarela yang mana di sampaikan oleh YB Tan Sri DSP Joseph Kurup. Program ini diisikan dengan Pameran dari KRT Daerah-Daerah dan Ajensi Kerajaan ,pertandingan masakan dan gubahan Bunga, Derma Dara dari Hospital Kota belud dan perogram untuk anak-anak Tabika Perpaduan.
       Majlis Pelancaran telah di hadiri oleh YB Tuan Ukoh @ Jeremy Bin Malajad , Timbalan Ketua Pengarah JPNIN , Pengarah JPNIN Sabah YBHG Pn. Delin Liet Blaun , YBHG Tuan Hj Abdul Gari Bin Itam , Pegawai Kanan JPNIN , Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan , Pengerusi - Pengerusi KRT Warga KRT seluruh Sabah dan penduduk setempat.

Selasa, 3 Jun 2014

KRT TAMAN NIKMAT MENGIKUTI SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DAN PENGARUH AJARAN SESAT ANJURAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KOTA BELUD

KOTA BELUD: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud telah mengadakan Seminar Bertajuk Pemantapan Aqidah dan Pengaruh ajaran Sesat. Seminar ini dikelolakan oleh pihak Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) bertempat di Surau Nurul Iman IPD Kota Belud. Seminar ini telah dirasmikan oleh ASP Hasan Majid selaku Pemnagku Ketua Polis IPD Kota Belud. ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Saiful Wahab dari Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA).
Turut hadir dalam program ini Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Angota IPD, Pengerusi KRT Taman Nimmat En. Mahmudin Hj. Md. Onon, Timbalan pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Jiran Muda KRT Taman Nikmat, Persatuan Belia Kota Belud, Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kota Belud.