Pada 28 Febuari 2012 Program kempen keselamatan komuniti sejiran peringkat Daerah Kota Belud. Program ini dianjurkan oleh JPNIN Daerah Kota Belud bertempat di Dewan Datuk Zakaria Pejabat Daerah Kota Belud. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPNIN Negeri Sabah yang mana diwakili oleh En. Zaiazrul Nizam Bin Zaini Penolong Pengarah unit (SRS) JPNIN Sabah.
Pengisian program seperti Ceramah pengurusan Skim Rondaan Sukarela disampaikan sendiri oleh En. Zaiazrul Nizam Bin Zaini, Ceramah Dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud yang di sampaikan oleh Inspector Raime, Ceramah Rakan Cop disampaikan oleh SJN Razali dari PDRM Kota Belud, Taklimat penggunaan Walkie Talkie dan Penyerahan Walkie Talkie kepada 16 buah kawasan Rukun Tetangga yang mempunyai (SRS).
Dalam program ini Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan telah di undang Khas bersama-sama Anggota (SRS) dan beliau telah memberikan ucapan dan penerangan seterusnya berdialog dengan peronda-peronda (SRS). Pengisian program pada sebelah malam Rondaan bersama Polis dan (SRS) di kawasan RT Tambulion, Kg Sorob Kota Belud.
Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En.Md Bisi Jamit, Pegawai-Pegawai Kanan (PDRM) Daerah Kota Belud, Pengerusi-pengerusi KRT, Ahli-Ahli peronda (SRS) dan peronda-peronda (SRS) KRT Taman Nikmat juga telah menghantar wakil dalam program ini.



