Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 31 Disember 2013

PERTANDINGAN FUTSAL KATOGRI TUNAS JIRAN DAN JIRAN MUDA

  










     Kota Belud Pertandingan Futsal Katogri Tunas Jiran dan Jiran Muda telah diadaka di gelangang Futsal Moyo Kota Belud. Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menghantar Katogri Tunas Jiran sebanyak satu pasukan manakala Katogri Jiran Muda Kawasan Rukun Tatangga Taman Nikmat Menghantar seramai Dua Pasukan. Tujuan KRT Taman Nikmat menghantar dan menyertai pertandingan Futsal ini adalah untuk memberi pendedahan terutamanya kepada Tunas Jiran ke arah ketahanan mantel dalam menghadapai sebarang pertandingan dan seterusnya dapat menanamkan disiplin diri dan memberi keyakinan  Jati diri terutamanya kepada Jiran Muda yang turut sama dalam pertandingan ini dan di samping itu sebagai pengisian Aktiviti penghujung cuti persekolahan.
     Turut hadir dalam pertandingan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En.Mahmudin Hj Md onon ,Penelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha dan AJK Penganjur.

Jumaat, 29 November 2013

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN MEDIATOR KOMUNITI SABAH KEPADA YBHG PN. DELIN LIET BALUN PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NSIONAL DI PEJABAT JPNIN MINI PUTRAJAYA SABAH





Kunjungan hormat adalah terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mediator Komuniti Sabah  di ketuai Oleh YDP En. Rimin Sandah (Kota Kinabalu) , Timbalan YDP En. Fredzex Bagang (Kota Kinabalu) .Setiausaha Pn. Norsima Simon (Kunak) , Timb Setiausaha En. Abidin Mohd Alam (kudat) ,AJK En. Mahamudin Hj Md Onon (Kota Belud) dan Pn. Rugina Sarungan (Kundasang Ranau)

Tujuan Kunjungan :
1. Suai kenal dengan Pengarah Baru JPNIN Sabah
2. Memaklumkan Penubuhan Persatuan Mediator Komuniti Sabah , Seperti yaang telah  di buat di peringkat Kebangsaan  
3. Memberi tahu kepada YBHG Pn. Delin Liet Balun Pengarah JPNIN Sabah Sebagai Penesihat Persatuan Mediator Komuniti Negeri Sabah.
4. Memaklumkan hala tuju Persatuan sehala dengan JPNIN

Antara petikan ucapan  YBHG Pn. Pengarah JPNIN:
1. Program Khas Mediator Komuniti akan di buat Pada 30 November hingga 1 Dis.2013
2. Publisiti Mediator Komuniti
3. Penerbitan Buletin Mediator Komuniti Sabah
4.Memperkenalkan Senarai Nama Mediator kepada setiap Balai Polis dan semua Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga seluruh Sabah
5. Pelan Strategik Mediator Komuniti
6. Program Usahasama dengan Organisasi lain
7. Merancang dan merangka program aktiviti Mediator Komuniti Tahun 2014

Ahad, 17 November 2013

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1435H KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT













KOTA  BEKUD Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan Majlis sambutan Maal Hijrah 1435H. Antara pengisian sambutan Majlis seperti ceramah mengenai Pengawalan Penyakit Diabetis, Pemerikksaan kesihatan yang di buat oleh Dr Hj Muhammad Nur Syafe,i (Pakar Perubatan) , Pemeriksaan Payu Dara dan pemeriksaan Pep Smear dari Klinik Kesihatan Pengkalan Abai , Pemeriksaan Tekanan Darah , Pemeriksaan Kencing  Manis dan Derama Darah Dari Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud.

Majlis Sambutan Maal Hijrah ini telah di rasmikan Oleh En. Mohd Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud. Dalam petikan ucapan beliau menyentu mengenai Hijrah dalam konsiap Watasiah dan pembangunan umah yang bersatu padu dalam melahirkan warga Negara yang sehat dan Aman Sejetra. Antara tetamu yang hadir dalam Majlis ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj Md Onon , Kopral Rosnani Bte Pokong dari (PDRM) Kota Belud, Timbalan Pengerusi En.Asran Hj Suin , Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha , Pengerusi Jiran Wanita Pn. Asiah Magit AJK KRT, Jiran Muda , Jiran Wanita dan penduduk Setempat.

Sabtu, 16 November 2013

PROGRAM CRIME AWARENESS DAY 2013 / KEMBARA BERMOTOSIKAL DAN PENERIMAAN SIJIL PENGHARGAAN
















     KOTA BELUD  Program Crrime Awareness Day 2013 dan Kembara Bermotosikal serta Penyampaian Sijil Penghargaan telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud. Dalam Program ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud  En. Md Bisi B. Jamit dan Tiga orang Pengerusi KRT menerima Sijil Penghargaan antaranya En. Mahamudin Hj Md Onon Pengerusi KRT Taman Nikmat , En. Sibil Uli Pengerusi KRT Kg Labuan dan Pengerusi KRT Kg Kinasaraban Puan Dianah Salagan. Sijil-sijil penghargaan telah di sampaikan oleh YDH Hj Hamzah Bin Taib Pesuruhjaya Polis Sabah. Program ini diadakan diperkarangan Majlis Daerah Kota Belud. Selain daripada penyampaian sijil penghargaan pengisian program senamrobik , persembahan tarian kebudayaan , Cabutan tiket bertuah , hadiah utama Di Dermakan oleh Ahli Perlemen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan , pertunjukan T-Baton, Gerai pameran PDRM , AADK , PENTARA , JAPAM , RELA , AMAANITA , unit Rondaan Bermotosikal dari IPD Kota Kinabalu dan IPD Penampang , Persembah Pancaragam PDRM Dermah Darah dari Unit Tabung Darah Hospital Kota Belud. Program ini telah di Rasmikan Oleh YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Speaker DUN / ADUN N8 Usukan.
        Antara yang hadir dalam program ini YDH Dato Wira Hj Hamzah Bin Taib Pesuruhjaya Polis Sabah , Dato Wira Ayub Bin Hj Yakub  Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah , Timbalan Pesutuhjaya Polis Sabah , DSP Mohan Nadesan Ketua Polis Kota Belud , Ketua-Ketua Polis Daerah ,Pegawai Daerah Kota Belud Tuan Hj Abdul Gari Itam , Pegawai-Pegawai Kanan PDRM , Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan  , Pengerusi - Pengerusi NGO , Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, AJK KRT Daerah Kota Belud dan Penduduk setempat.

Jumaat, 4 Oktober 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL KRT TAMAN NIKMAT MENENTANG KRT HOSPITAL KOTA BELUD





 



    Perlawanan antara Pasukan yang menemukan Pasukan KRT Taman Nikmat dan KRT Hospital telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan Persahabatan bertempat di Gelangang Arina Futsal Tuaran. Kedua-dua pasukan ini telah mempamerkan perlawanan yang menghiburkan. Atas dasar persahabatan dan hanya bermain dengan permainan selamat dengan tidak banyak percubaan menyerang bagi kedua-dua pasukan. Namun , semangat kesukanan yang tinggi perlawanan berubah dengan KRT Hospital di bolosi serentak dengan jaringan itu barulah perlawanan berubah dengan KRT hospital bermain dengan lebih serius.

     Secara keseluruhan perlawanan persahabatan ini seimbang dengan kekalah yang tipis kepada KRT Hospital dengan kesudahan KRT Taman Nikmat  menjaringkan 6 jaringan dan KRT Hospital  menjaring 5  jaringan. Turut serta pada perlawanan ini En. Mahamudin Hj Onon Pengerusi KRT Taman Nikmat, En Abas Lalah Pengerusi KRT Hospital , En, Asran Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat , En, Sipail Kota Timbalan Pengerusi KRT Hospital ,  AJK KRT , Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha dan Jiran Muda Kedua -dua pasukan.

Isnin, 9 September 2013

SRS KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT DI ANUGERAKAN SEBAGAI SRS TERBAIK DAERAH KOTA BELUD SEMPENA SRS DEKAT DIHATI DAN MERDEKARAYA PERPADUAN








Pada 8 September 2013 Majlis SRS Dekat Dihati dan Merdekaraya Perpaduan di anjurkan oleh Jabtatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Sabah bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud. Majlis ini telah di Rasmikan oleh YB Datuk Hj Musbah Bin Hj Jamli , Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.  Antara pengisian Majlis jamuan makan , Majlis ramah mesra dan Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Polis Diraja Malaysia , Rela dan SRS Terbaik.

Dalam majlis ini SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud telah di Anugerakan sebagi SRS Terbaik Daerah Kota Belud. Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Jamit , Penolong Pegawai Daerah Kota Belud , Pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan , Pengerusi -Pengerusi KRT Daerah Kota Belud , AJK KRT Daerah Kota Belud dan penduduk setempat. Kesinambungan Majlis pada malam tersebut satu lagi program Rondaan SRS Bersama PDRM Di KRT Kg Kinasaraban Kota Belud telah di adakan.

Ahad, 4 Ogos 2013

PROGRAM KEMPEN SATU JIRAN SATU JALUR GEMILANG KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Pada 03 Ogos 2013 selepas Solat Tarawih Program kempen Satu Jiran satu Jalur Gemilang telah diadakan di perkarangan pondok SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud. Program ini telah di lancarkan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Md Onon. Antara yang hadir Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, AJK KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda. Antara pengisian program Jamuan dan memasang Jalur Gemilang dalam kawasan KRT Taman Nikmat.








Jumaat, 26 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BELUD BERSAMA PEMIMPIN DAN MESYUARAT SETEMPAT

Pada 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1435 H, Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi En. Mahamudin Hj. Md. Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin dan AJK KRT Taman Nikmat ke Majlis Berbuka Puasa bertempat di Surau Nurul Ain Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud.
         Pengisian program berbuka puasa, solat Maghrib, jamuan makan, penyampaian derma kepada pelajar kurang berkemampuan SMK Arshad Kota Belud dan Balu Anggota Polis daerah Kota Belud, Solat Isyak, solat Tarawih dan majlis moreh.
          Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini Pegwai Daerah Kota Belud En Gari B Hj. Hitam, DSP Mohan Nadasen Ketua Polis Daerah Kota Belud, Mantan ADUN N8 Usukan Datuk Japlin Hj. Akim, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan, Pemimpin-pemimpun Masyarakat Kota Belud dan Warga PDRM.







Ahad, 7 Julai 2013

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH JIRANKU KELUARGAKU KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

KOTA BELUD : Program Ziarah Muhibbah Jiranku Keluargaku sempena menyambut kedatangan
bulan Ramadhan panggilan penduduk tempatan (miggang) telah diadakan dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mengukuhkan lagi silaturahim, mengeratkan perpaduan dan membina semangat kekitaan yang tinggi dikalangan jiran-jiran KRT seterusnya ke arah 1 Malaysia yang jitu dan bersatu. Ini  adalah antara petikan ucapan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin B Hj Md.Onon. Ucapan perasmian Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Mohd Bisi Bin Jamit menyaran dan memuji KRT Taman Nikmat dalam penganjuran ini kerana ianya dapat mengujudkan perpaduan dikalangan jiran-jiran terdiri daripada pelbagi bangsa dan latar belakang dan dapat melibatkan semua golongan melalui aktiviti keagamaan yang berfaedah.
Diakhiri program pula penyerahan panduan dan risalah keselamatan dari PDRM Kota Belud kepada semua warga  KRT Taman Nikmat yang disampaikan oleh Sarjan Razali kepada Pegawai Perpaduan Kota Belud. Antara yang hadir dalam program ini Timbalan Pengerusi En. Asran hj Suin ,  AJK KRT, Jiran Wanita Jiran Muda dan Tunas Jiran.
Pengisian program adalah seperti berikut : 
                               I.            Solat Maghrib berjemaah
                            II.            Bacaan tahlil dan doa
                         III.            Tazkirah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Agama Pondok Ust. Saifuddin
                         IV.            Solat Isyak berjemaah
                            V.            Jamuan




 .

Sabtu, 29 Jun 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM ZAIARAH MUHIBBAH JIRANKU KELUARGAKU (MIGGANG) KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD




Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Nikmat menjemput kepada semua warga Kawsan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk sama-sama hadir ke program Ziarah Muhibbah Jiranku Keluargaku (miggang) peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ketetapan seperti berikut :


            Tarikh : 06 Julai 2013 bersamaan 27 Sya’ban 1434 H (Sabtu)
            Masa    : 6.00 petang
            Tempat : Kediaman Pengerusi KRT Taman Nikmat
                          SD. 42 Taman Nikmat

            Tetamu undangan:  Pegawai Perpaduan Daerah En. Md. Bisi Bin Jamit

03.       Pengisian program adalah seperti berikut :

                               I.            Solat Maghrib berjemaah
                            II.            Bacaan tahlil dan doa
                         III.            Tazkirah disampaikan oleh pengarah SIRIM Sabah
                         IV.            Solat Isyak berjemaah
                            V.            Jamuan