Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 30 Mac 2014

JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT BERGABUNG BERSAMA JIRAN MUDA HOSPITAL KOTA BELUD DALAM "JIRAN MUDA EXPLORATION EXTREME RAFTING"

Jiran Muda KRT Taman Nikmat telah menyertai "Jiran Muda Exploration Extreme Rafting" yang diadakan di Sungai Kiulu, Tamparuli. Explorasi ini juga gabungan dengan Jiran Muda KRT Hospital Kota Belud. Turut Serta didalam acara ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En. Basri Bin Lalah dan AJK Tertinggi.
En. Mahmudin berkata objektif explorasi ekstrim rafting ini utamanya adalah untuk menguji fizikal dan mental Jiran Muda dan secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dan kekuatan setiakawan. Ini kerana sukan ekstrem seperti rafting ini memerlukan sokongan dari setiap peserta terutama dari aspek keselamatan. Selain itu, Jiran Muda juga dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik dan mengagumkan di sepanjang sungai ini.Ini juga penting dalam menyedarkan golongan muda dalam penjagaan khazana Negara khususnya Negeri Sabah yang indah ini.
Jiran Muda Exploration Extreme Rafting ini bermula di sungai Pekan Kiulu dan berlepas sekitar jam 10.00 pagi. Perjalanan Rafting ini didalam 8 kilometer dan mengambil masa sepanjang 3 jam. Ternyata sukan ekstrim rafting ini sememangnya sangat mencabar akan tetapi sangat menyeronokkan. Pengalaman ini adalah sangat berguna kepada Jiran Muda.









Sabtu, 15 Mac 2014

KEJOHANAN 'STREET SOCCER' TERTUTUP JIRAN MUDA DAN TUNAS JIRAN KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Kejohanan Street Soccer Tertutup KRT Taman Nikmat Jiran Muda dan Tunas Jiran kali ke dua telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini berlangsung di lorong perumahan Taman Nikmat dengan penyertaan sebanyak sembilan pasukan kesemuanya. Turut hadir ke acara ini Pegawai Perpaduan Daerah En. Mohd Bisi bin Jamit, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj Mohd Onon, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Hj. Suin, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En. Basri bin Lalah, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Muda KRT Hospital En Fadlie dan AJK tertinggi KRT Taman Nikmat dan KRT Hospital Kota Belud.
Majlis perasmian dan penutupan telah dilakukan oleh En. Mohd Bisi bin Jamit. Dalam ucapannya, beliau melihat jiran muda dan tunas jiran terus menunjukkan sifat setiakawan dan perpaduan walaupun didalam pertandingan yang kompetetif. Beliau jua melihat dan mahu agar pertandingan ini terus dijalankan pada tahun tahun mendatang.
Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Mohd Onon, beliau berterima kasih kepada penaja hadiah untuk pertandingan ini iaitu KB Auto Part, Syarikat Nabalu Trading, En Saiful Nizam Bagdad, Ketua Pemuda Umno Kg Rudang Kota Belud dan En. Amidi Darus dari Telekom Malaysia.
Sabah Hawk B Team merupakan juara untuk ketegori Tunas Jiran dan TamanTeam mendapat tempat selaku naib johan. Bagi ketegori Jiran Muda pula dimenangi oleh Medik B Team yang merupakan pasukan jempuatan dari KRT Hospital Kota Belud, Naib Johan Medik A  dan Sabah Hawk A tempat ke tiga. Pemenang membawa pulang hamper , piala pusingan kejohanan dan Sijil Penyertaan.Turut menerima hamper penjaring terbanyak bagi ketegori Jiran Muda iaitu En. Bidin dan adik Khairul dari ketegori Tunas Jiran.















Isnin, 3 Mac 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT DENGAN PEMUDA UMNO KG RUDANG KOTA BELUD

Satu perlawanan persahabatan futsal telah diadakan pada 1 Mac 2014 diantara Jiran Muda KRT Taman Nikmat bersama Pemuda Umno Kg Rudang Kota Belud. Perlawanan ini di adakan di Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Butong Kota Belud. ini adalah aktiviti bagi sukan dan rekreasi Jiran muda KRT Taman Nikmat pad bulan ini. Perlawanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, setiakawan dan merialisasikan transformasi pemuda-pemuda ke arah budaya positif seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Turut serta dalam perlawanan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Bin Hj Mohd Onon, Ketua Pemuda Umno Kg Rudang Kot Belud En Mohd Saiful Hisyam Bin Bagdad, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Julian dan Ajk yang lain.