Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 27 Mei 2010

Lawatan Integrasi Nasional Dari Semenanjung, Sarawak dan W.P. Labuan ke Daerah Kota Belud





Pada 27 Mei 2010, satu lawatan Integrasi Nasional dari Semenanjung,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah singgah di daerah Kota Belud. Seramai 66 orang peserta lawatan telah tiba selamat sebelum meneruskan perjalanan lawatan ke Daerah Kota Marudu.
Lawatan ini adalah bersempena Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan yang merupakan sambutan tahunan bagi Negeri Sabah. Ketua rombongan lawatan ini diketuai oleh En. Marhadi M. Ardin dari Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah.
Dalam lawatan ini juga, peserta telah disambut oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Bin Jamit, Cik Marry Tai, Pengerusi-Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kota Belud dan guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Kota Belud.
Para peserta rombongan lawatan ini telah diraihkan dengan jamuan makan di Restoran KB Transit Kota Belud.

Ahad, 23 Mei 2010

KARNIVAL JIRAN MUDA DAN JIRAN WANITA RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD SEMPENA SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN





Pada 23 Mei 2010, bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud, KRT Taman Nikmat telah mengikuti program karnival Jiran Muda Dan Jiran Wanita peringkat daerah Kota Belud sempena sambutan Minggu Perpaduan.
Krt Taman Nikmat telah mengikuti pertandingan-pertandingan seperti Bintang Jiran Muda dan Pameran Gerai. Bintang Jiran Muda telah diwakili oleh Mohd. Fauzan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi daya keyakinan dikalangan jiran muda dan disamping itu mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Japlin bin Hj. Akim, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah. Tetamu kehormat yang turut sama ialah Ybhg. En. Dirwana bin Hj. Azool,Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, En. Bisi Jamit dan Cik Marry Tai, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

CARTA ORGANISASI KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT , CARTA JAWATANKUASA KRT TAMAN NIKMAT DAN SENARAI PERMASTAUTIN TETAP SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS)


Ahad, 16 Mei 2010

Jiran Muda KRT Taman Nikmat Mengikuti Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah




Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 16 Mei 2010 bertempat dipantai Tanjung Aru, Kota kinabalu. Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud tidak ketinggalan menghantar wakil bagi acara-acara yang dipertandingkan seperti pertandingan suara padu, sukaneka perpaduan dan gerai pameran.Bagi kawasan rukun Tetangga Taman Nikamat telah mengikuti sukanneka perpaduan bersama-sama dengan kawasan rukun tetangga Kg.Kota Belud. Selain daripada itu, KRT-KRT lain yang mewakili Kota Belud seperti KRT Labuan,telah memenagi Gerai terbaik sempena program ini. KRT Daerah Kota Belud Keseluruhannya telah berjaya memenagi beberapa acara sukanneka seperti memancing botol, lari perpaduan, lari berantai, pasing getah menggunakan straw dan gerai terbaik. Acara Suara Perpaduan hanya menduduki tmpat ke 2.
Sambutan Minggu Perpaduan ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Pairin Kitingan. Kontenjen Kota Belud diketuai oleh En. Bisi Bin Jamit dan En. Marry Tan penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Jumaat, 7 Mei 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Jemputan Sempena pesta Kaamatan KRT Tambolian K.b



Pada 08 Mei 2010, perlawanan jemputan persahabatan bola tampar diantara KRT Taman Nikmat dengan KRT Tambolian. Perlawanan ini diadakan bersempena sambutan pesta Kaamatan KRT Tambolian. Perlawanan ini diadakan di Gelanggang Bola Tampar KRT Tambolian. Tetamu kehormat yang hadir ialah En. Md. Bisi Bin Jamit, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah , Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Md. Onon dan Pengerusi KRT Tambolian En. Sigam. Perlawanan ini berlangsung selama sejam setengah dan KRT Taman Nikmat telah memengi perlawanan tersebut dengan kiraan set 3-1. En. Bisi menyempurnakan penymnpaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Bola Tampar tertutup KRT Tambolian sempena Pesta Kaamatan.

Rabu, 5 Mei 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL KRT TAMAN NIKMAT



Aktiviti hujung Minggu Jiran Muda KRT Taman Nikmat Kota Belud.

Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Krt Hospital
Tarikh : 9 januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Krt Pirasan
Tarikh : 12 januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Kg. Kuala Abai
Tarikh : 19 Januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan AJK KRT Taman Nikmat
Tarikh : 20 januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Kg Suang Punggur
Tarikh : 26 januari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Kg. Sembirai
Tarikh : 5 febuari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Krt Mandap
Tarikh : 6 Febuari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Pelajar Asrama SMK Pekan 2
Tarikh : 27 Febuari 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Kg. Kulambai
Tarikh : 3 April 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan ARARAT SPORT
Tarikh : 10 April 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Pelajar SMK Pekan 2
Tarikh : 8 Mei 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan KRT Pirasan
Tarikh : 15 Mei 2010
Perlawanan Persahabatan Futsal Dengan Lok Sitoi Futsal Club
Tarikh : 4 Jun 2010

Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina KRT Taman Nikmat


Pada Hari Tahun Baru Cina yang lepas iaitu 14 feb. 2010, KRT Taman Nikmat dan En. Chuah Chung Chin, Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Sabah telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang bertempat di perkarangan rumah beliau. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh En. Chuah. Antara aktiviti yang menarik iaitu Tarian Singa dan pemberian "Ang Pau" kepada Jiran Muda KRT Taman Nikmat. Ini mengeratkan lagi semngat perpaduan dalam satu taman dan mengukuhkan perpaduan dikalangan penduduk taman perumahan.

Sambutan Ramah Mesra Anggota SRS bersama Jiran Muda KRT Taman Nikmat




Sambutan ini diadakan pada 16 Mac 2010 , 8.30 pm dan bertempat di perkarangan pondok SRS KRT Taman Nikmat. Sambutan ini dijalankan untuk menarik perhatian kepada jiran muda agar dapat dibentuk sebagai pelapis kepada angota SRS pada masa akan datang. ini bagi misi membasmi kadar remaja yang suka melepak diwaktu malam dan menghindarkan diri mereka dari melakukan sebarang kes jenayah.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat KRT Taman Nikmat



Pada 26 Feb. 2010, bersamaan 12 Rabiulawal 1431 Hijrah, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat KRT Taman NIkmat Kota Belud. tetamu jemputan untuk program ini ialah En. Md. Bisi Bin Jamit, Penolong Pegawai Perpaduan Kota Belud. Antara pengisian program iaitu Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Rawi dan Selawat, Solat Isyak Berjemaah, Forom Perdana dan jamuaan malam. Ahli Panel terdiri daripada Ust. Jafran dari jemaah Nazir Sekolah dan Imam Madli JAHENS Kota Belud. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan pada peringkat KRT TAman Nikmat.

AKTIVITI RONDAAN SRS KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD




SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud telah membuat aktiviti rondaan di kawasan perumahan Taman Nikmat dan SMK pekan 2 Kota Belud. Aktiviti ini giat dijalankan bagi memastikan keselamatan kawasan perumahan terjaga. Selain anggota SRS , pihak Polis Daerah Kota Belud Juga memberi kerjasama untuk bersama-sama dalam aktiviti rondaan ini. Semoga aktiviti ini akan diteruskan dengan jayanya.