Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Isnin, 9 September 2013

SRS KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT DI ANUGERAKAN SEBAGAI SRS TERBAIK DAERAH KOTA BELUD SEMPENA SRS DEKAT DIHATI DAN MERDEKARAYA PERPADUAN








Pada 8 September 2013 Majlis SRS Dekat Dihati dan Merdekaraya Perpaduan di anjurkan oleh Jabtatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Sabah bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud. Majlis ini telah di Rasmikan oleh YB Datuk Hj Musbah Bin Hj Jamli , Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.  Antara pengisian Majlis jamuan makan , Majlis ramah mesra dan Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Polis Diraja Malaysia , Rela dan SRS Terbaik.

Dalam majlis ini SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud telah di Anugerakan sebagi SRS Terbaik Daerah Kota Belud. Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Jamit , Penolong Pegawai Daerah Kota Belud , Pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan , Pengerusi -Pengerusi KRT Daerah Kota Belud , AJK KRT Daerah Kota Belud dan penduduk setempat. Kesinambungan Majlis pada malam tersebut satu lagi program Rondaan SRS Bersama PDRM Di KRT Kg Kinasaraban Kota Belud telah di adakan.