Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Rabu, 31 Ogos 2016

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SEHATI SEJIWA 2016 PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD


Setiap tahun, KRT Taman Nikmat semestinya akan menyambut hari bersejarah bagi rakyat Malaysia iaitu Hari Kebangsaan. Justru itu, KRT Taman Nikmat tidak pernah lupus untuk program demi program diatur dan dijayakan bagi menyemarakan lagi bahang sambutan Hari Kebangsaan.

Sambutan Ambang Merdeka Sehati Sejiwa 2016 Peringkat KRT Taman Nikmat telah diadakan di perkarangan kediaman Pengerusi En. Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon. Pelbagai acara telah diisi dan dijalankan bagi sementara menunggu detik 12.00 malam 31 Ogos. 

Terlebih dahulu, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon telah memberi ucapan alu-aluan. Beliau sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh AJK dan warga KRT Taman Nikmat kerana sudi hadir dan bersama-sama meraikan hari bersejarah ini. Menurut beliau lagi, anak muda kini memahami defenisi kemerdekaan. Tetapi malangnya menjiwai kemerdekaan itu adalah sangat nipis sekali. Semangat patriotik harus tersemat didalam jiwa agar menjadi generasi cintakan tanah air seperti generasi sebelum ini. Kempen Satu Jalur Gemilang Satu Jiran dianjurkan KRT Taman Nikmat contohnya  memupuk nilai tinggi kepada bendera negara kerana kita bernaung dibawah bendera ini. 

Pegawai Perpaduan Daerah, En. Bisi Bin Jamit juga membuat ucapan dan perasmian. Beliau menekankan kemerdekaan mengajar juga aspek kesepaduan hidup antara jiran tetangga dan harus diutamakan. Jiran merupakan rakan terdekat selain saudara mara. Sikap ambil berat dan bantu membantu antara jiran mengakrabkan lagi tali silaturahim seterusnya membentuk komuniti kejiranan yang cemerlang.  

Pada malam program ini juga diadakan Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik, Kemelayuan dan Tradisional Asli. Johan disandang oleh En. Joy Al Fian dengan lagunya Bahtera Merdeka. Naib Johan dimenagi oleh En. Anwar Lamsil dan tempat ke tiga jatuh kepada En. Dzulakmal Jame Alip. Cabutan tiket bertuah juga diadakan dan seramai 13 orang penerima menerima hadiah pada program ini. Juga persembahan silap mata oleh Ahli Jiran Muda iaitu En. Datu Haziq. Hadiah telah disumbangkan oleh Pengurus Telekom Malaysia Daerah Kota Belud En. Amidi Darus dan Pengurus Syarikat KB Auto Part En. Fung Tian Bun.

Tepat jam 12.00 malam, Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Bin Jamit mengetuai laungan MERDEKA sebanyak 7 kali bagi menandakan sambutan hari kebangsaan secara rasminya di seluruh negara amnya. Turut sama dalam majlis ini, Timbalan Pengerusi En. Asran Bin Hj. Suin, Tuan Abdul Manaf Bin Datu Unjung, Setiausaha En. Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari En. Rahim Bin  Sahali, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Puan Nuati Binti Adsad, AJK Tertinggi, Jiran Muda dan warga KRT Taman Nikmat.


Sebelum itu, pada sebelah petang pertandingan "Merdeka Street Soccer" untuk tunas jiran dan jiran muda telah berjalan. Terdapat 6 kumpulan bertanding iaitu Kumpulan Mat Saleh, Antanom, Tok Janggut, Bahaman, Dol Said dan Maharajalela. Nama pejuang tanah air digunakan bagi memperingati jasa jasa mereka ketika menentang penjajah di negara kita. Johan telah disandang kumpulan Maharajalela. Naib johan dimenagi Kumpulan Dol Said dan Tempat ke tiga jatuh kepada Kumpulan Bahaman. Piala Pusingan telah disumbangkan oleh Pengarah Syarikat Aras Gemilang Enterprise En. Sardilin Bin Hj. Okah dan Syarikat Nabalu Trading.






PENGERUSI BERUCAP

PEGAWAI PERPADUAN DAERAH KOT BELUD BERUCAP

PEMENANG CABUTAN TIKET BERTUAH

PERSEMBAHAN SILAP MATA

PESERTA PERTANDINGAN KARAOKE

PESERTA PERTANDINGAN KARAOKE


PEMENANG CABUTAN TIKET BERTUAH

PEMENANG HADIAH MISTERI

JOHAN STREET SOCCER "MAHARAJALELA"

NAIB JOHAN STREET SOCCER "DOL SAID"

JOHAN PERTANDINGAN KARAOKE JOY AL FIAN





LAUNGAN MERDEKA 

GAMBAR PERTANDINGAN STREET SOCCER






Selasa, 16 Ogos 2016

"PERLAWANAN PERSAHABATAN TENNIS SEHATI SEJIWA" KRT TAMAN NIKMAT DAN KELAB TENNIS SURIA KOTA KINABALU


Perlawanan Persahabatan Tennis Sehati Sejiwa antara KRT Taman Nikmat bersama Kelab Tennis Suria Kota Kinabalu telah berlangsung di Gelanggan Tennis Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu. Perlawanan Persahabatan ini adalah Sempena Hari Malaysia bagi tahun 2016. Tema Persahabatan Tennis Sehati Sejiwa ini diambil bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia.

Pengerusi KRT Taman Nikmat berkata tiada apa yang lebih hebat berlaku di Negara kita ini selain dapat bersatu padu dalam kepelbagaian budaya dan bangsa. Sekiranya Negara dalam kekacauan maka sukar bagi rakyat untuk beridah dan menjalankan aktiviti harian dengan lebih aman dan tenang. Sukan seperti ini hanya medium sahaja. Sebenarnya, yang menjadi tonggak keamanan dan keharmoniaan ialah hati kita mestilah selari dengan menjiwai 5 rukun Negara yang di pegang selama ini. Tidak kira dari setiap lapisan masyarakat, fahamilah Rukun Negara ini dengan telus. Maka kita akan dapat belajar menjadi warga negara yang lebih bertanggungjawab.


Turut serta dalam perlawanan ini Presiden Kelab Tennis Suria Tuan Hj. Zahrin. Juga warga KRT Taman Nikmat, Jiran Muda Taman Nikmat dan ahli Kelab Tennis Suria.












Khamis, 4 Ogos 2016

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 1 JIRAN 1 JALUR GEMILANG SEHATI SEJIWA PERINGKAT KRT TAMAN NIKMAT


Sudah seperti menjadi adat bagi AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat untuk menyambut hari Malaysia pada peringkat KRT Taman Nikmat ini bagi memastikan perpaduan dan keharmonian di kawasan ini terus terpelihara. Sehubungan dengan itu, Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah melancarkan 'Kempen Kibar Jalur Gemilang 1 Jiran 1 Jalur Gemilang Sehati Sejiwa'.

Menurut Pengerusinya En, Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, tema ini diambil bagi peringkat Taman Nikmat dan digabungkan dengan tema kebangsaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. Jelas tema ini menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia zamnya dan khasnya di Negeri ini. Di daerah ini, warga KRT Taman Nikmat diketahui terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semestinya dengan kibaran Jalur Gemilang di setiap rumah di dalam KRT Taman Nikmat sudah tentu warga lebih dapat menyemarakkan dan menghayati lagi tema kebangsaan pada tahun ini. 

Turut sama dalam pelancaran kempen ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha, AJK Tertinggi KRT Taman Nikmat, Jiran Muda dan Warga KRT Taman Nikmat.











Rabu, 3 Ogos 2016

MAJLIS JALINAN MESRA PERPADUAN RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD 2016

Majlis Jalinan Mesra Perpaduan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud telah diadakan atas anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud dan Jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Kota Belud. Majlis ini juga secara tidak langsung sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2016. Majlis diadakan di Dewan Tun Said Kota Belud.

Majlis dirasmikan oleh Ybgh. Puan Delin Liet Blaun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah. Menerusi ucapan beliau, rukun tetangga yang ada sedia kini seharusnya mentrasformasikan fungsi kearah yang lebih tinggi. Beliau mengesa agar lebih banyak aktiviti-aktiviti penjanaan ekonomi setempat di dalam kalangan ahli rukun tetangga di pertingkatkan. Selain menjaga dan mengukuhkan perpaduan, rukun tetangga seharusnya bertindak sebagai agen dalam membantu ahli dalam menambahkan pendapatan ahli. Saranan Transformasi rukun tetangga ini sememangnya membuka lembaran baru didalam menigkatkan martabat rukun tetangga. Pengarah juga memuji beberapa rukun tetangga di kawasn Kota Belud ini kerana berjaya menghasilkan rukun tetangga yang berani untuk proses transformasi ini.

Turut hadir ke majlis ini En. Bisi Bin Jamit, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Beluid, En. Mohd Syazli Madsah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud 2, En. Risin Bin Sikin, Penggerak Perpaduan Masyarakat PPNIN Kota Belud, Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga En Sibil Uli, Timbalan Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Tuan Hj Duyuk Bin Tahir, Setiausaha Penyelaras Rukun Tetangga En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Bendahari Penyelaras RT Tuan Hj. Ramle Marul, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Pengerusi-Pengerusi KRT Daaerah Kota Belud dan warga Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.



Ucapan Pengarah





Syazli, Risin, Sibil, Mahamudin dan Bisi




Cendrahati kepada Pengarah