Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 9 November 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT DENGAN GURU-GURU SK SEMBIRAI KOTA BELUD

  

Pada 9 November 2012 satu perlawanan persahabatan futsal antara Jiran Muda KRT Taman Nikmat dengan guru-guru Sk.Sembirai. Perlawanan ini telah di adakan di gelangang futsal Moyo Kota Belud. Program ini adalah pengisian perogram mingguan jiran muda KRT Taman Nikmat,




Khamis, 1 November 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD




       Pada 1 November 2012, Program Ziarah Jiranku Keluargaku bertempat di kediaman En.Asran Hj Suin  (Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat) . Antara pengisian program solat magrib dan isyak berjemaah, bacaan Yassin Tahlil dan Doa dipimpin oleh Cikgu Jefrey. Majlis juga telah mengambil kesempatan membincangkan mengenai pembinaan surau di dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ,Skim Rondaan Sukarela dan isu-isu semasa

    Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiran Muda, Jiran Wanita ,Tunas Jiran dan warga setempat.