Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 9 November 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT DENGAN GURU-GURU SK SEMBIRAI KOTA BELUD

  

Pada 9 November 2012 satu perlawanan persahabatan futsal antara Jiran Muda KRT Taman Nikmat dengan guru-guru Sk.Sembirai. Perlawanan ini telah di adakan di gelangang futsal Moyo Kota Belud. Program ini adalah pengisian perogram mingguan jiran muda KRT Taman Nikmat,




Khamis, 1 November 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD




       Pada 1 November 2012, Program Ziarah Jiranku Keluargaku bertempat di kediaman En.Asran Hj Suin  (Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat) . Antara pengisian program solat magrib dan isyak berjemaah, bacaan Yassin Tahlil dan Doa dipimpin oleh Cikgu Jefrey. Majlis juga telah mengambil kesempatan membincangkan mengenai pembinaan surau di dalam kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ,Skim Rondaan Sukarela dan isu-isu semasa

    Antara tetamu yang hadir dalam program ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiran Muda, Jiran Wanita ,Tunas Jiran dan warga setempat.





Jumaat, 5 Oktober 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN , TAHLIL , DOA , ISYAK DAN SUNAT HAJAT UNTUK JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR,SPM STPM DAN PENGAJIAN TINGGI












    Pada 4 Okt 2012, Majlis Bacaan Yassin Tahlil , Doa dan Solat sunat Hajat untuk jiran muda yang akan menduduki peperiksaan PMR,SPM,STPM dan Pengajian Tinggi  telah di adakan dikediaman Pengerusi KRT Taman NIkmat En.Mahamudin Hj Md onon . Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz  Afnan  Al Fatah beliau juga telah menyampaikan Tazkirah yang bertajuk tanggungjawab manusia terhadap muka bumi.

    Majlis ini telah di hadiri oleh Timbalan Pengerusi KRT En.Asran Hj Suin , AJK KRT, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Wanita dan penduduk setempat.

Sabtu, 1 September 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

Pada 31 ogos 2012 Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah mengadakan perogram sambutan Merdeka Raya, Sambutan ini telah diadakan di perkarangan Kediaman En Asran Hj Suin Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat. Perasmian dan penyampaian hadiah oleh En. Mohd Bisi Bin Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud. Pengisian program Sambutan Merdeka Raya Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat seperti Pertandingan Mewarna dan Melukis Tunas Jiran telah dijalankan sebelah pagi. Pada sebelah malam program diteruskan dengan Majlis Perasmian Sambutan Merdeka Raya, Pertandingan Mendeklimasi Puisi Jiran Muda, Cabutan bertua dan jamuan Merdeka Raya.

Antara tetamu yang hadir Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran dan warga setempat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat.

















Jumaat, 3 Ogos 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA PDRM KOTA BELUD








Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433H , Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat ke Majlis Berbuka puasa dan solat sunat Terawih bertempat di surau Nurul Ain Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud. Dalam Majlis ini anak-anak yatim Darul Bakti Kota Belud telah di berikan Duit Raya yang telah di Sampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datu Seri Penglima Salleh Tun Said.

   Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini YB Datu Japlin Hj Akim ADUN N8 Usukan, DSP Mohan Ketua Polis Daerah Kota Belud , En Gari  Bin Hj Hitam Pegawai Daerah Kota Belud , Pegawi-Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan , Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Kota Belud, Pemimpin-pemimpin Mesyarakat Kota Belud dan Warga PDRM.

Jumaat, 20 Julai 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU (MIGANG) DI KEDIAMAN EN. ABEL MUSTAPHA



Pada 19 Julai 2012 program majlis (Migang) KRT Taman Nikmat telah di adakan di kediaman En. Abel Mustapha. Pengisian Program Solat Magrib dan Isyak Berjemaah, Bacaan Yassin , Tahlil dan Doa di pimpin oleh Ustaz Jefry. Tazkirah yang bertajuk persedian dalam mengerjakan ibadat puasa dalam Bulan Ramadhan pada siang dan di malam hari di sampaikan oleh En. Nasdin Pumpunga. Antara yang hadir Pengerusi KRT, Jiran Muda, Jiran Wanita Tunas Jiran dan Warga setempat.









PROGRAM KEMPEN SATU JIRAN SATU JALUR GEMILANG KRT TAMAN NIKMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Pada 17 Julai 2012 jam 8,00 malam Program kempen Satu Jiran satu Jalur Gemilang telah diadakan di perkarangan pondok SRS KRT Taman Nikmat Kota Belud. Program ini telah di lancarkan oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Md onon. Antara pengisian program Jamuan Teh Sejiran dan Roti Masin dan memasang Jalur Gemilang dalam kawasan KRT Taman Nikmat. Antara yang hadir AJK KRT, Jiran Muda dan warga KRT Taman Nikmat.









Selasa, 3 Julai 2012

PROGRAM PERTEMUAN JIRAN MUDA SETAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER INSTITUT PENGAJIAN TINGGI





Assalamualaikum W.b.t dan Salam Pepaduan, Salam 1Malaysia.

Pada 2 julai 2012, program pertemuan jiran muda setaman sempena cuti semester bagi pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi dan pelajar sekolah menengah atas Krt Taman Nikmat Kota Belud.

Antara pengisian program ialah, perlawanan persahabatan futsal jiran muda antara pelajar Institut Pengajian Tinggi melawan pelajar Sekolah Menengah atas. Perlawanan ini telah berlangsung di gelanggang bola keranjang Krt Taman Nikmat. Selain itu, Program BBQ turut diadakan pada malam selepas perlawanan futsal berlangsung. Turut menghadiri, Pengerusi Krt Taman Nikmat serta Ajk-Ajk yang lain.

Isnin, 18 Jun 2012

PESTA TRADISI KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA SEMPENA PESTA KAAMATAN RUKUN TETANGGA DAERAH KOTA BELUD


ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan Salam Perpaduan 1 Malaysia..

Satu pesta Tradisi Kebudayaan 1 Malaysia telah di lansungkan di Daerah Kota Belud sempena Pesta Keaamatan Rukun Tetangga. Pesta ini telah berlangsung pada 17 jun 2012 bersamaan hari ahad bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud. 

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Puan Nurul Akmalina Binti Hj. Shamsuddin, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intregrasi Nasional Sabah. Antara Pengisian Program ialah Tarian Kebudayaan, Pakaian Tradisional Suku kaum yang terdapat di Malaysia dan persembahan nyanyian oleh Pengerusi-pengurusi  dan Ahli Jawatan kuasa Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Turut Serta dalam Program ini, Ybhg.Encik Peter Jiton penolong pegawai Daerah Kota Belud, Encik Mohd Bisi Jamit Pegawai Perpaduan Daerah, Encik Soletin Sompong Pemimpin Kemajuan Rakyat Kedamaian, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi-pengerusi Rukun Tetangga Daerah dan Warga Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.








 







Jumaat, 15 Jun 2012

PROGRAM ZIARAH JIRANKU KELUARGAKU FASA KEDUA YANG KELAPAN DI KEDIAMAN CIKGU JAWADI BELUN



   Pada 14 Jun 2012 program Ziarah Jiranku Keluargaku bertempat dikediaman Cikgu Jawadi Belun. Antara pengisian program Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah. Bacaan Yassin yang di Pimpin oleh Cikgu Rahim Sahali, Manakalah Tahlil dan Doa  di Pimpin Oleh Cikgu Jefrey dalam program ini diselitkan Tazkirah  yang di sampaikan oleh Ustaz Aziz Gafar yang bertajuk Syafaat Rasulallah Terhadap Umatnya Ketika Masuk Syurga dan Syafaat-syafaat Yang Dijanjikan Kepada Manusia.
   Antara tetamu yang hadir Pengerusi KRT , AJK KRT , Jiran Wanita , Jiran Muda , Tunas Jiran dan warga setempat. Untuk makluman kepada wagra KRT Taman Nikmat program Zirah Jiranku Keluargaku yang ke sembilan akan di maklumkan kemudian.