Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 25 Oktober 2014

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436 PERINGKAT KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD

KRT Taman Nikmat telah mengadakan sambutan Maal Hijrah 1436 bertempat di kediaman Pengerusi KRT En. Mahmudin Bin hj Mohd Onon. Sambutan Maal hijrah ini merupakan sambutan tahun baru bagi kalender umat islam di seluruh dunia.
Antara pengisian program dalam sambutan ini ialah Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, tahlil doa Arwah dan bacaan Yassin, berdoa untuk penghujung dan awal tahun islam, tazkirah yang bertajuk "Merenung Nikmat-Nikmat Allah " dan solat sunat hajat untuk jiran muda yang akan menduduki SPM.
Solat diimamkan oleh Ustaz Mohd. Amirun Bin Amran. Turut hadir dalam sambutan ini Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Setiausaha En Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari En. Rahim Sahali, AJK tertinggi dan penduduk setempat.





Selasa, 14 Oktober 2014

LAWATAN AHLI PANEL KE KRT TAMAN NIKMAT UNTUK ANUGERAH PENGURUSAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) PERINGKAT KEBANGSAAN

Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Nikmat telah mewakili Negeri Sabah dalam penilaian akhir Peringkat Kebangsaan yang diadakan di KRT Taman Nikmat. Antara panel penilaian ini ialah Pengarah (IKLIN) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian keselamatan Dalam negeri (KDN), Ibu Pejabat Polis Negara Bukit Aman dan Unit Rondaan Sukarela (SRS) dari Putra Jaya.
Para Penilai tiba sekitar 8.30 pm. Seramai 20 Anggota SRS KRT Taman Nikmat, 8 Anggota Polis IPD Kota Belud yang diketuai Sarjan Razali dan 10 Anggota Rela Kota Belud bersiap sedia menyambut kedatangan mereka.
Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Mohd Onon memberi ucapan alu-aluan diatas kedatangan Para Penel dan berterima kasih dengan memilih SRS KRT Taman Nikmat mewakili Negeri Sabah.
Para Penel memulakan penilaian dengan mendengar Penerangan dan Taklimat Pengurusan SRS, KRT Taman Nikmat Kota Belud. Selesai pembentangan, Sesi soal jawab dilakukan.
Sekitar jam 11.00 pm, Sesi penilaian telah pun selesai. Penyampain cendeahati dibuat sebagai kenag-kengan kepada para penel dan sedikit jamuan.
Antara yang hadir didalam Penilaian ini Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Dan Integrasi Nasional Pn. Delin Liet Blaun dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Bisi Bin Jamit, Timbalan Ketua Polis Daerah kota Belud ASP Ong Kian Tok, Pegawai Rela Kota Belud dan pegawai-pegawai kanan JPNIN Sabah.