Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 29 Jun 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM ZAIARAH MUHIBBAH JIRANKU KELUARGAKU (MIGGANG) KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN NIKMAT KOTA BELUD




Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Nikmat menjemput kepada semua warga Kawsan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk sama-sama hadir ke program Ziarah Muhibbah Jiranku Keluargaku (miggang) peringkat Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat ketetapan seperti berikut :


            Tarikh : 06 Julai 2013 bersamaan 27 Sya’ban 1434 H (Sabtu)
            Masa    : 6.00 petang
            Tempat : Kediaman Pengerusi KRT Taman Nikmat
                          SD. 42 Taman Nikmat

            Tetamu undangan:  Pegawai Perpaduan Daerah En. Md. Bisi Bin Jamit

03.       Pengisian program adalah seperti berikut :

                               I.            Solat Maghrib berjemaah
                            II.            Bacaan tahlil dan doa
                         III.            Tazkirah disampaikan oleh pengarah SIRIM Sabah
                         IV.            Solat Isyak berjemaah
                            V.            Jamuan



Khamis, 27 Jun 2013

BENGKEL TRANSFORMASI PENGGERAK KOMUNITI ZON BORNEO DI PALACE HOTEL KOTA KINABALU ANJURAN INSTITUT KAJIAN DAN LATIHAN INTEGRASI NASIONAL (IKLIN) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA

Pada 24 hingga 27 Jun 2013, Jabatan Perpaduan Daerah Kota Belud telah memilih tiga orang peserta iaitu Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj. Md. Onon, Tuan Hj. Duyuk Hj Tahir dan En. Juali Hasim ke Bengkel Transformasi Pergerakan Komuniti Zon Borneo bertempat di The Palace Hotel Kota Kinabalu. Majlis Perasmian dan penutupan telah di sempurnakan oleh Pengarah IKLIN En. Bahrin Idrus. Antara falasitator yang telah menyampaikan ceramah Pn. Hjh Ainun Bt Kuntum mantan
Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, Ybh. Datuk Abdul Hamid Taib mantan Hakim Tinggi Malaysia dan Pn. Hjh. Azizah Ariffin mantan Timbalan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia.









Jumaat, 14 Jun 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL PASUKAN JIRAN MUDA TAMAN NIKMAT FUTSAL CLUB (JMTN FC) MENENTANG GABUNGAN PASUKAN BELIA KOTA KINABALU/TUARAN

Perlawanan antara pasukan yang menemukan pasukan Jiran Muda Taman Nikmat FC (JMTN FC) dan pasukan Gabungan belia Kota Kinabalu/Tuaran iaitu Eagle Mask FC telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan Persahabatan ini diatur pada 14 Jun 2013 bertempat di Gelangang Futsal Arena Tuaran. Turut serta pada perlawnan ini Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel B. Mustapha.

Pertembungan bermula pada jam 8.00 malam ini telah mempamerkan perlawanan yang menghiburkan. Atas dasar persahabatan, kedua-dua pasukan hanya bermain dengan permaianan selamat dengan tidak banyak percubaan menyerang bagi kedua-dua pasukan. Namun, semanagt kesukanan yang tinggi, perlawanan berubah dengan JMTN FC dibolosi. tersentak dengan jaringan itu, barulah perlawanan berubah dengan JMTN FC bermain dengan lebih serius.

Menariknya dalam perlawanan ini, JMTN FC telah membawa seorang pemain dari Tunas Jiran untuk mewakili pasukan JMTN FC. Pemain tersebut ialah Aniq Syahmi Bin Abel. Pendedahan awal yang diberi ini sememangnya penting bagi mengasah bakat yang ada dikalangan Tunas Jiran dan mencungkil bakat-bakat baru bagi menjadi pelapis JMTN FC. Secara keseluruhan perlawanan persahabatan ini seimbang dengan kekalahan tipis JMTN FC. Apapun perlawanan ini bukan pengukur sebenar prestasi Pasukan JMTN FC.




Jumaat, 7 Jun 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 3 PENJURU ANTARA JIRAN MUDAKRT TAMAN NIKMAT, KRT HOSPITAL KOTA BELUD DAN PEMUDA KG.LANDUNG AYANG KUDAT

Satu perlawanan persahabatan futsal 3 penjuru telah diadakan di gelanggang Futsal Arena Tuaran pada  7 Jun 2013. KRT Taman Nikmat telah menghantar pasukan Jiran Muda Taman Nikmat Futsal Club (JMTN FC) dan dua lagi pasukan iaitu wakil KRT Hospital Kota Belud dan Pemuda Kg. Landung Ayang Kudat yang di wakili oleh Bantingal FC. Turut serta dalam perlawanan ini Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha dan Setiausaha KRT Hospital Kota Belud En. Abbas.
Perlawanan berlangsung tepat jam 8.00 malam dimana perlawanan bergilir dengan pertembungan kesemua pasukan. JMTN FC telah memberikan komitmen 100 % dalam memberi saingan kepada kedua-dua pasukan. Statistik perlawanan pasukan JMTN FC berjaya menguasai gelanggang dan membuat hantaran pendek dengan lebih cekap seterusnya menyukarkan bagi pihak lawan untuk mengatasi corak permainan JMTN FC. Keseluruhannya, Pasukan Jiran Muda Taman Nikmat FC (JMTN FC) mendapat satu kemenangan dan satu seri. Tahniah kepada JMTN FC.