Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 25 Julai 2015

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 KRT TAMAN NIKMAT

KRT Taman Nikmat meneruskan tradisi Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015.
Pengerusi KRT taman Nikmat berasa gembira dan teruja dengan Majlis Rumah terbuka kali ini. beliau berkata Majlis Rumah Terbuka dan undangan terbuka ini harus diterima dengan hati yang terbuka juga. Hati yang terbuka membolehkan sifat saling memaafkan terjadi di samping mengukuhkan hubungan mahabbah dan ukhuwah berlaku. Asas ini penting kerana kita memberi makna rumah terbuka bukan sekadar majlis makan-makan saja.

Tidak sedikit yang membuat rumah terbuka untuk rakan sepejabat, tetapi jiran sebelah rumah tidak dijemput. Begitu juga, jangan ditinggalkan golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah.

Bagi warga En. Fung Tian Bun, jiran merupakan kawan yang rapat selain daripada keluarga kerana tanpa jiran keselamatan dan hal-hal kecemasan boleh berlaku di rumah. Oleh itu, amat penting menghormati jiran dan mengekalkan hubungan harmoni tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Turut hadir Timbalan Pengerusi En. Asran Hj. Suin, Timbalan Setiausaha En. Jainuddin Bin Bujang, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Mustapha, Penyelaras Jiran Wanita Pn. Nuati Adsad, Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi dan warga setempat.









Sabtu, 4 Julai 2015

KONVOI KEMANUSIAAN BENCANA KEBAKARAN KRT KG PANTAI BAHAGIA DAERAH KUDAT OLEH PENYELARAS KRT DAERAH KOTA BELUD

Baru-baru ini, salah satu KRT dalam daerah Kudat iaitu KRT KG Pantai Bahagia telah ditimpa musibah dengan bencana kebakaran rumah penduduk kampung yang tidak diduga. Jumlah mangsa kebakaran rumah melibatkan 61 buah rumah iaitu 337 orang semuanya. Sehubungan dengan itu, Penyelaras KRT Daerah Kota Belud terpanggil segera untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa kebakaran yang terlibat. Sumbangan dan bantuan diberikan adalah berbentuk pakaian terpakai dan makanan yang disumbangkan oleh warga KRT Kota Belud melalui Penyelaras RT Daerah Kota Belud.  "Dicubit paha kiri, paha kanan merasa sakit". Perumpamaan ini sudah cukup menceritakan segala-galanya. Ia juga mencerminkan perpaduan antara KRT sungguhpun berada didaerah yang berbeza dan sedikit sebanyak berhasil membantu dalam meringankan beban mangsa-mangsa bencana kebakaran ini. Konvoi Kemanusiaan ini diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud  En. Mohd. Bisi Bin Jamit dan disambut oleh Ketua Kampung Kg Bahagia .En. Ali Bin Angas. Selain itu, turut serta Setiausaha RT Daerah En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Bendahari RT Daerah Tuan Hj. Ramlee Bin Marul dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Daerah  Kota Belud,