Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 13 Februari 2014

PERLAWANAN PERAHABATAN BOLA TAMPAR KRT JIRAN MUDA TAMAN NIKMAT BERSAMA KRT HOSPITAL KOTA BELUD

KOTA BELUD : Satu perlawanan persahabatan bola tampar diantara KRT Jiran Muda Taman Nikmat bersama KRT Hospital Kota Belud telah berlangsung di Gelanggan Bola Tampar KRT Hospital Kota Belud. Perlawanan ini telah adalah aktiviti  sukan bulanan Jiran Muda KRT Taman Nikmat yang di buat setiap tahun. Kedua dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan dan keazaman yang tinggi unuk memenangi perlawanan ini. Keputusan akhir perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada Jiran muda KRT Taman Nikmat dengan kiraan mata 2-1. Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Hj Mohd Onon juga berpesan kepada pemain Jiran Muda KRT Taman Nimat  agar memberi fokus kepada perlawanan ini bagi persiapan "SUKAN 6 PENJURU KRT " yang akan di anjurkan tidak lama lagi. Selain Pengerusi KRT Taman Nikmat, turut serta bersama ialah pengerusi KRT Hospital En. Abbas Lalah, Penelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Mustapha dan Penyelaras Jiran Muda KRT Hospital Kota Belud En Fadli.








Khamis, 6 Februari 2014

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA KRT TAMAN NIKMAT KERJASAMA DENGAN SYARIKAT KB AUTOPART










Kota Belud Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, KRT Taman Nikmat kerjasama dengan Syarikat KB Autopart telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina. Dalam sambutan ini para tetamu telah di jamukan pelbagi juadah dan Pengurus Syarikat KB Autopart En.Fung Thien Vun dan Isteri Puan Chow Mui Lin telah memberikan 'Angpau' kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Nikmat bertujuan untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam satu taman perumahan dan di samping itu ianya dapat merealisasikan Jiranku Keluargaku untuk menyahut gagasan satu Malaysia.

Antara yang hadir dalam Majlis Sambutan ini, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Md Bisi Bin Jamit, Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Hj Md Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Hj Suin, AJK KRT, Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran dan penduduk setempat.