Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 30 Ogos 2015

PROGRAM SANTAI SEHATI SEJIWA SEMPENA HARI KEBANGSAAN GABUNGAN KRT TAMAN NIKMAT, KRT HOSPITAL KOTA BELUD DAN SMRC HOSPITAL KOTA BELUD SABAH

Program Santai Sehati Sejiwa bersempena Bulan Kebangsaan gabungan KRT Taman Nikmat, KRT Hospital dan SMRC Hospital Kota Belud telah diadakan dengan jayanya. Antara aktiviti Pertandingan Karaoke Merdeka Terbuka, penyerahan jersi Kontigen SMRC Hospital Kota Belud dan penyerahan hadiah kepada pemenang pertandingan. Bagi pertandingan karaoke merdeka ini dimenangi oleh  En. Ahmad Bin Rijiki, temapat kedua En Jaidi Otikul dan ketiga En Roslin Samil. Manakala En. Abdul Manaf Hj. Abdul Rahman mendapat hadiah istimewa dengan memakai pakaian kemas bertema Kemerdekaan.
Pengerusi KRT Taman Nikmat yang turut hadir juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. Banyak program telah diatur sempena hari bersejarah ini bagi meyemarakkan nilai perpaduan yang harmoni dari generasi baru sehingga peringkat atasan. Akan tetapi, amatlah rugi sekiranya program sebegini tidak dihayati dengan mendalam. Anak muda ketika ini merasa hidup dunia yang senang kerana ada sejarah perjuangan ikhlas membebaskan negara ini dari penjajah. Di Sabah, kita sememangnya bangga dengan setiap lapisan masyarakat kerana masih lagi mengekalkan perpaduan sebagai asas keharmonian kehidupan walaupun kita berbilang bangsa, 
Melihat Tema Hari Kebangsaan jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati satu jiwa berdiri megah bersama. Oleh itu, program hari kebangsaan perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila Sehati Sejiwa digunakan sebagai Tema hari Kebangsaan tahun 2015.
Turut hadir Pengerusi KRT Hospital Mohd Basri Bin  Lalah, Timbalan Penegrusi KRT Taman Nikmat En Asran Bin Hj Suin, Pengurus Telekom Kota Belud En Amidi Darus, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En Abel Mustapha, Pengurus SMRC Hospital Kota belud Dr. Hafizudin Hamzah, Pengurus Bola Tampar SMRC Hospital Kota belud En. Azizan Bin Hj. Azlan dan warga setempat. Hadiah disumbangkan oleh Telekom Malaysia diwakili En. Amidi Darus.








Sabtu, 22 Ogos 2015

KRT TAMAN NIKMAT MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG JPNIN NEGERI SABAH 2015

Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran JPNIN Negeri Sabah 2015 telah diadakan di Dewan Arked, Keningau pada 22 Ogos 2015.
KRT Taman Nikmat telah mengambil bahagian dengan diwakili oleh Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin bin Hj. Mohd Onon dan Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel bin Mustapha. Merasmikan Majlis ini YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Antara aktiviti yang di adakan seperti Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi-pengerusi KRT dari 30 buah daerah negeri sabah. selain itu, pertandingan gerai pameran,p ertandingan masakan tradisional dan masakan berasaskan ubi, pertandingan kelab rukun tetangga dan pertandingan menyumpit juga turut diadakan. Turut serta Pegawai Perpaduan Daerah En Bisi bin Jamit, Pengerusi KRT Kg. Pirasan Hj, Duyuk Bin Hj Tahir, Pengerusi KRT Hospital Kota Belud En, Mohd Basri Bin Lalah dan Pengerusi KRT Kg. Lingkodon En. Hajat bin Duka.






Ahad, 16 Ogos 2015

Jaringan Persahabatan Bola Tampar Sempena Bulan Kemerdekaan KRT Taman Nikmat Bersama PDRM Kontinjen Negeri Sabah

Jaringan Persahabatan Bola Tampar Sempena Bulan Kemerdekaan diteruskan dengan KRT Taman Nikmat menentang PDRM Kontinjen Negeri Sabah. KRT Taman Nikmat di ketuai oleh Pengerusi KRT En.Mahamudin Bin Hj. Mohd. Onon dan PDRM Kontijen Negeri Sabah di ketuai Oleh Juru Latih S/Insp Dahlan Omar bertempat di Dewan IBU Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Pengerusi menyambut baik inisiatif untuk bersukan sebagai gaya hidup dan demi menjaga kesihatan dan fizikal dengan baik. Harap ini akan menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mencintai sukan. Kita juga berharap program ini akan menjalinkan hubungan akrab dan persahabatan antara kedua-dua pasukan. Program bersama PDRM kali ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana terus mencurah bakti demi menjaga kemrdekaan, keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi kini.

Menjadi tugas dan tanggungjawab Polis DiRaja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteramaan negara. "Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing", Penubuhan Kawasan Rukun Tetangga sudah tentu dapat mengukuhkan lagi keselamatan yang ada kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pihak Polis sedia ada di bantu oleh KRT. KRT Taman Nikmat sememangnya contoh yang terbaik untuk diikuti kerana bukan sahaja mengekalkan nilai persahabatan dan silaturahim di kelompok warga malah menebarkan prinsip murni ini ke serata tempat. Turut serta Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha.




Isnin, 3 Ogos 2015

KEMPEN KIBARAN JALUR GEMILANG "JIRANKU SEHATI,SEJIWA" DAN ERATAN PERPADUAN DUA KAWASAN RUKUN TETANGGA



"Sehati, Sejiwa" tema Hari Kebangsaaan pada tahun ini dan mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh rakyat di negara ini dan harus diterapkan terutama sekali di daerah Kota Belud ini.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat KRT Taman Nikmat adalah tradisi yang telah diadakan setiap tahun. Melalui Kempen Pengibaran Jalur Gemilang ini diharapkan agar seluruh warga KRT Taman Nikmat dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya, serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.

Kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri. Oleh itu, seluruh rakyat mesti terus menghargai nikmat kemerdekaan ini dengan berusaha ke arah memperkukuh perpaduan serta bekerja keras dalam mencapai taraf negara maju yang sepadau dalam perpaduan.Di bulan kemerdekaan inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan untuk membina negara serta cabaran-cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaharui iltizam untuk membina sebuah negara yang aman damai dan harmoni sesama rakyat. Turut sama dalam Perasmian Kempen ini Pengerusi KRT Taman Nikmat En. mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Timbalan Pengerusi En. Asran Bin Hj. Suin, Penyelaras Jiran Muda En. Abel Bin Mustapha dan Ahli Jawatankuasa tertinggi KRT Taman Nikmat.

Turut diadakan Perlawanan Persahabatan Futsal di antara Jiran muda KRT Taman Nikmat dan Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh juga telah diadakan di Gelanggang Futsal Kg. Lebak Moyoh Kota Belud. Perlawanan tersebut telah diadakan bagi mengeratkan lagi silatrurrahim antara KRT Taman Nikmat dan KRT Kg. Lebak Moyoh. Sebahagian daripada warga KRT Taman Nikmat dan Kg, Lebak Moyoh turut hadir ke lokasi perlawanan untuk memberikan semangat serta memeriahkan lagi suasana program tersebut.
Jalinan perpaduan antara kedua-dua KRT ini sudah lama terbina dan perlawanan persahabatan seperti ini adalah langkah yang sangat baik untuk terus mengeratkan perpaduan selamanya. Turut serta Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT KG. Lebak Moyoh Pn.Saineh Binti Uli, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha dan Penyelaras Jiran Muda KRT Kg. Lebak Moyoh Ahmad Azizi Bin Jandan.