Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 22 Disember 2011

MAJLIS DOA KESYUKURAN UNTUK ANAK-ANAK DAN WARGA KRT TAMAN NIKMAT YANG BERJAYA DAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN TAHUN 2011








Pada 22 Disember 2011 Majlis Doa kesyukuran untuk anak-anak dan warga KRT Taman Nikmat yang telah berjaya dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan. Majlis telah dibuat dikediaman En. Masran Talib AJK KRT Taman Nikmat Kota Belud. Pengisian program Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan bacaan Doa yang di pimpin oleh En. Nasdin Pumpunga Setiausaha KRT Taman Nikmat. Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini Pengerusi KRT, AJK KRT, Jiran Wanita dan warga KRT.

Jumaat, 16 Disember 2011

PROGRAM LATIHAN PASUKAN PENYELAMAT KOMUNITI RUKUN TETANGGA NEGERI SABAH









Pada 14 hingga 17 Disember 2011, satu program latihan pasukan penyelamat komuniti rukun tetangga peringkat Negeri Sabah telah diadakan. program ini dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah(JPM) dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah (KDN) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(JKJR). Program ini bertempat di KEM PLKN di Bawah Bayu Tuaran. Kawasan Rukun Tetangga Kota Belud telah menghantar peserta seramai tujuh belas orang dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat telah menghantar wakil seramai dua orang. Di samping latihan penyelamat komuniti yang diberikan JPNIN Negeri Sabah telah mengadakan majlis menandatangani nota persefahaman strategik antara JPNIN dan JPAM Negeri Sabah masing-masing diwakili oleh Ybhg Puan Nurul Akmalina Hj Shamsuddin dan Lt. Kol. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin.