Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Ahad, 24 April 2016

MAJLIS UKHUWAH SILATURAHIM KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA ANAK ANGKAT DALAM PROGRAM ORIENTASI PEGAWAI PERSEKUTUAN YANG BARU BERTUGAS DI SABAH 2016.

KRT Taman Nikmat Kota Belud baru-baru ini telah menerima seramai 3 orang anak angkat dalam menjayakan Program Orientasi Pegawai Persekutuan yang baru bertugas di negeri ini. ketiga tiga anak angkat KRT Taman Nikmat ini masing-masing berasal dari Negeri Sarawak, Pahang dan Pulau Pinang.
Terdahulu ucapan dari Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon berkata KRT Taman Nikmat sangat berbesar hati untuk menerima ketiga-tiga anak angkat yang diberi dan sangat berterima kasih kerana diberi kepercayaan dalam menjaga mereka. Adapun menjadi sebahagian tanggungjawab kami dalam KRT dalam memberi pemahaman dan tunjuk ajar tentang budaya dan adat resam di Daerah Kota Belud khususnya dan Negeri Sabah amnya kepada mereka. Sememangnya Negeri Sabah sendiri terdapat terlalu banyak suku kaumnya namun boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa prejudis. Ini akan menjadi bekalan mereka ketika bertugas di Negeri ini. Beliau juga berharap agar hubungan keluarga dan anak angkat ini tidak terputus untuk ketika didalam program sahaja dan berharap hubungan ini terus dijalinkan dimasa akan datang.
Selain itu, turut berucap En. Mohd Zamri Bin Nusi dari Unit Integrasi dan Perpaduan, Bahagian Kesepaduan Sosial Dan Intergrasi Nasional JPNIN Putrajaya. Beliau mengingatkan agar para peserta dapat mengenali adat resam dan budaya di Negeri Ini agar dapat merasakan keselesaan tinggal dan bergaul mesra dengan masyarakat setempat. Negeri Sabah merupakan contoh terbaik dalam mencari dan mengenal erti perpaduan diantara kaum. ini sekaligus dapat dipraktikkan sekiranya mereka kembali bertugas di negeri masing-masing.
Turut hadir di dalm program ini En. Mohd Syazli Madsah, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota belud, Pegawai-pegawai kanan JPNIN Sabah, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj. Suin, Penegrusi Jiran Wanita Pn. Nuati Bt Adsad dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KRT Taman Nikmat Kota Belud.  













Sabtu, 9 April 2016

PERSAHABATAN PERLAWANAN TENNIS GABUNGAN KRT TAMAN NIKMAT DAN KRT HOSPITAL KOTA BELUD MENENTANG KELAB TENNIS IPG KENT TUARAN

Pada 9 April 2016, perlawanan persahabayan tennis telah diadakan bertempat di gelanggang tennis Kompleks Sukan Likas. perlawanan in i melibatkan Gabungan pemain KRT Taman Nikmat dan KRT Hospital Kota belud yang diketuai pengerusi KRT taman Nikmat En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon menentang kakitang dari kelab Tennis IPG Kent Tuaran. 

Menurut pengerusi KRT Taman Nokmat En Mahamudin Bin Hj Mohd Onon, Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

Turut hadir di dalam pelawanan ini Pengerusi KRT Hospital Kota Belud nE. Mohd Basri Bin Lalah, En Simon Guntalib pensyarah bahagian jasmani, En Mohd Azlie Abdullah Pengurus pasukan IPG Kent, En Abel Mustapha penyelaras jiran muda KRT Taman Nikmat, En Rubin Mesilung penyelaras jiran usia emas KRT hospital dan Puan Nuati Adsad penyelaras jiran wanita KRT Taman Nikmat.