Terdapat ralat dalam alat ini

Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Jumaat, 3 Ogos 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA PDRM KOTA BELUD








Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433H , Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat ke Majlis Berbuka puasa dan solat sunat Terawih bertempat di surau Nurul Ain Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud. Dalam Majlis ini anak-anak yatim Darul Bakti Kota Belud telah di berikan Duit Raya yang telah di Sampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datu Seri Penglima Salleh Tun Said.

   Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini YB Datu Japlin Hj Akim ADUN N8 Usukan, DSP Mohan Ketua Polis Daerah Kota Belud , En Gari  Bin Hj Hitam Pegawai Daerah Kota Belud , Pegawi-Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan , Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Kota Belud, Pemimpin-pemimpin Mesyarakat Kota Belud dan Warga PDRM.