Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 30 Oktober 2010

SUKANNEKA PERPADUAN SEMPENA TAMU BESAR KOTA BELUD TAHUN 2010 DI PADANG PEKAN DAERAH KOTA BELUD


Ucapan Perasmian dari YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan


Ucapan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Ybh. En. Hamdan Sarudin


Penyampaian Cenderahati oleh En. Sibil Uli kepada YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan


Senamtari oleh peserta program yang hadir


Acara sukaneka perpaduan


Jawatankuasa Pelaksana Sukaneka bersama petugas program dari Jiran Muda KRT Taman Nikmat


Persedian Padang untuk program sukanneka oleh Jiran Muda Taman Nikmat


Jiran Muda bersama Pengerusi KRT Taman Nikmat makan tengahari selepas program

Pada 03/10/2010, sempena Tamu Besar Kota Belud, Sukanneka Perpaduan telah diadakan di padang Pekan Kota Belud. Program ini telah dirasmikan Oleh YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah. Turut hadir dalam program ini Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Ybgh. En. Hamdan Sarudin, Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga Daerah, En. Sibil Uli, Pengerusi-pengerusi KRT dan Guru-guru tadika Perpaduan Kota Belud.

Antara acara sukanneka yang dipermainkan ialah sukaneka perpaduan, sepak manggis dan futsal kanak-kanak tabika perpaduan. Disamping itu, cabutan tiket bertuah di diadakan bagi menyerikan lagi program ini.

Sabtu, 9 Oktober 2010

MAJLIS SALAM MUHIBAH AIDILFITRI YBHG. PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI SABAH BERSAMA WARGA KRT DAERAH KOTA BELUD




lur="t


Pada 9 Oktober 2010, Majlis Salam Muhibah Aidilfitri bersama Pengarah JPNIN telah diadakan bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud.
Antara Tetamu kehoroamt yang hadir pada majlis ini ialah YB. Datuk Japlin Hj. Akim, YB. Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Ybhg. Puan Nurul Akmalina Hj. Shamsudin, Ybgh. En. Hamdan Hj. Sarudin, Ybhg. En. Maradi, Ybhg. En. Md. Bisi Jamit, Ybhg. Cik Mary Tai, Ybhg. Awadnir Matanggal, Pengerusi-Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud.

Ahad, 3 Oktober 2010

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEMPENA MERDEKA RAYA 2010
















Pada 2 dan 3 oktober 2010, telah berlangsung pertandingan bola tampar jemputan sempena merdeka raya 2010 anjuran KRT Taman Nimat Kota Belud. Pertandingan ini telah diserati oleh 7 pasukan yang mewakili KRT sekitar Kawasan Kota Belud.Perlawanan ini telah berlangsung di gelanggang bola tampar SMK Pekan II Kota Belud.

Majlis Perasmian dan Penutupan pertandingan ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan daerah Kota Belud En. Mohd. Bisi Bin Jamit.

Berikut keputusan pertandingan selama 2 hari ini:

Johan : KRT Taman Nikmat A
Naib Johan : KRT Taun Gusi (the Lion King)
Ketiga : KRT Tambulion A