Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Rabu, 25 Julai 2018

PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW KRT TAMAN NIKMAT BERSAMA JHEINS KOTA BELUD


Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud telah mengadakan perlawanan persahabatan Sepak Takraw bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Belud bertempat di gelanggang sepak takraw KRT Taman Nikmat.

Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahamuddin Bin Hj Mohd Onon, sukan merupakan wadah dalam mengintegrsi masyarakat berbilang agama dan kaum. Mana mana agama dan kaum tidak melarang kita beriadah dan bersukan malah menggalakkan lagi agar seluruh umat manusia berada dalam keadaan sihat sejahtera. Selain itu, Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan didalam masyarakat. Adalah juga menjadi harapan besar untuk menjadi inspirasi kepada komuniti sekitar dan keseluruhannya.

Turut hadir sama Tuan Madran Bin Abd Rahman, Penyelaras Masjid Daerah JHEAINS Kota Belud, Imam Daerah Kota Belud Ustaz Hj Madli Bin Hj Mansur, Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Asran Bin Hj Suin, Setiausaha KRT Taman Nikmat En Nasdin Bin Pumpunga, Bendahari KRT Taman Nikmat En. Rahim Bin Sahali, warga KRT Taman Nikmat dan Warga JHEAINS.