Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 17 September 2011

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR JIRAN WANITA JEMPUTAN SEMPENA MERDEKA RAYA 2011 ANJURAN KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD






Pada 17 september 2011, Pertandingan bola tampar jiran wanita jemputan sempena merdeka raya anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud, yang bertempat di SMK Pekan Kota Belud II. Dalam pertandingan ini Kumpulan jiran wanita Krt Taman Nikmat telah mendapat johan, naib johan persatuan saga Kota Belud dan tempat ketiga Institut Pertanian Timbang Menggaris Sabah Kota Belud. Pada sebelah pagi, Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi Jamit telah bersama-sama menyaksikan pertandingan. Pada sebelah petang En.Bisi telah mewakilkan Pengerusi KRT Taman Nikmat menangguhkan pertandingan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada kumpulan yang bertanding. Turut sama dalam menjayakan pertandingan ini En.Sufian, Pensyarah Institut Pertanian Sabah Kota Belud, Ajk Krt, Jiran Wanita, Jiran Muda, dan warga Krt Taman Nikmat.

Selasa, 6 September 2011

JAMUAN PERPISAHAAN PEGAWAI PERPADUAN ZON 2 KOTA BELUD CIK MARY TAI






Pada 6.ogos 2011, jamuan perpisahaan Cik Mary Tai telah di anjurkan oleh guru-guru tabika Perpaduan Daerah Kota Belud. Jamuan ini telah di adakan bertempat di Restoren KFC. Tetamu kehormat yang hadir Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Md Bisi Jamit , Pegerusi KRT dan Pengerusi-Pegerusi Tabika Perpaduan. Anatara Pengisian Program Ucapan dari Pegawai Perpaduan En. Bisi, penyempaian Cendera kenangan kepada Cik Mary dan Jamuan Makan.