Pada 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433H , Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud telah menjemput Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Nikmat ke Majlis Berbuka puasa dan solat sunat Terawih bertempat di surau Nurul Ain Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Belud. Dalam Majlis ini anak-anak yatim Darul Bakti Kota Belud telah di berikan Duit Raya yang telah di Sampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datu Seri Penglima Salleh Tun Said.
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini YB Datu Japlin Hj Akim ADUN N8 Usukan, DSP Mohan Ketua Polis Daerah Kota Belud , En Gari Bin Hj Hitam Pegawai Daerah Kota Belud , Pegawi-Pegawai Kanan Negeri dan Persekutuan , Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Kota Belud, Pemimpin-pemimpin Mesyarakat Kota Belud dan Warga PDRM.