Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Khamis, 24 Januari 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD 2013

Pada 24 Januari 2013/ 12 Rabiulawal 1434 Hijrah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul KRT Taman Nikmat Kota Belud. Antara pengisian program Solat maghrib berjemaah, bacaan Rawi dan Selawat Nabi yang dipimpin oleh Bendahari KRT Taman Nikmat En. Rahim Sahli, bercukur rambut anak-anak warga krt Taman Nikmat, ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Saifudin, Solat Isyak berjemaah dan jamuan.

Antara tetamu yang hadir Pegawai Perpaduan daerah Kota Belud En. Bisi Jamit wakil dari balai Polis Kota Belud SJN. Mohd Razali, Pengerusi, AJK, Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran dan Warga Setempat.











Isnin, 14 Januari 2013

MESYUARAT PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA BELUD


Pada 14 januari 2013, mesyuarat penubuhan Kelab Rukun Negara bagi sekolah-sekolah rendah daerah kota Belud . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pegawai Perpaduan daerah Kota Belud En. Mohd. Bisi Bin Jamit. 8 buah sekolah rendah yang terpilih dan menjadi anak sulung bagi penubuhan ini iaitu Sk. Ambung, Sk Dalas, Sk Melangkap, Sk Narinang, Sk Tambulion, Sk Taun Gusi, Sk Kinasaraban dan Sk Pengkalan Abai. Taklimat penubuhan kelab Rukun Negara telah disampaikan oleh En. Mohd. Nasir Adli dari jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah.

Antara yang hadir didalam Mesyuarat ini, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Cik Nurul Fuqaihah Binti Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud En. Mastan Gagah, Guru Besar serta wakil guru besar yang terlibat, timbalan pengerusi , Setiausaha, bendahari Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Kota Belud dan Pengerusi-pengerusi Rukun Tetangga Daerah.