Salam Perpaduan
Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
"Jiran Sepakat Membawa Berkat"
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.
Sekian.
"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"
Mahmudin Hj Md Onon
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Taman Nikmat Kota Belud
Ahad, 30 Mac 2014
JIRAN MUDA KRT TAMAN NIKMAT BERGABUNG BERSAMA JIRAN MUDA HOSPITAL KOTA BELUD DALAM "JIRAN MUDA EXPLORATION EXTREME RAFTING"
En. Mahmudin berkata objektif explorasi ekstrim rafting ini utamanya adalah untuk menguji fizikal dan mental Jiran Muda dan secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dan kekuatan setiakawan. Ini kerana sukan ekstrem seperti rafting ini memerlukan sokongan dari setiap peserta terutama dari aspek keselamatan. Selain itu, Jiran Muda juga dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik dan mengagumkan di sepanjang sungai ini.Ini juga penting dalam menyedarkan golongan muda dalam penjagaan khazana Negara khususnya Negeri Sabah yang indah ini.
Jiran Muda Exploration Extreme Rafting ini bermula di sungai Pekan Kiulu dan berlepas sekitar jam 10.00 pagi. Perjalanan Rafting ini didalam 8 kilometer dan mengambil masa sepanjang 3 jam. Ternyata sukan ekstrim rafting ini sememangnya sangat mencabar akan tetapi sangat menyeronokkan. Pengalaman ini adalah sangat berguna kepada Jiran Muda.
Sabtu, 15 Mac 2014
KEJOHANAN 'STREET SOCCER' TERTUTUP JIRAN MUDA DAN TUNAS JIRAN KRT TAMAN NIKMAT KOTA BELUD
Majlis perasmian dan penutupan telah dilakukan oleh En. Mohd Bisi bin Jamit. Dalam ucapannya, beliau melihat jiran muda dan tunas jiran terus menunjukkan sifat setiakawan dan perpaduan walaupun didalam pertandingan yang kompetetif. Beliau jua melihat dan mahu agar pertandingan ini terus dijalankan pada tahun tahun mendatang.
Menurut Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahmudin Hj Mohd Onon, beliau berterima kasih kepada penaja hadiah untuk pertandingan ini iaitu KB Auto Part, Syarikat Nabalu Trading, En Saiful Nizam Bagdad, Ketua Pemuda Umno Kg Rudang Kota Belud dan En. Amidi Darus dari Telekom Malaysia.
Sabah Hawk B Team merupakan juara untuk ketegori Tunas Jiran dan TamanTeam mendapat tempat selaku naib johan. Bagi ketegori Jiran Muda pula dimenangi oleh Medik B Team yang merupakan pasukan jempuatan dari KRT Hospital Kota Belud, Naib Johan Medik A dan Sabah Hawk A tempat ke tiga. Pemenang membawa pulang hamper , piala pusingan kejohanan dan Sijil Penyertaan.Turut menerima hamper penjaring terbanyak bagi ketegori Jiran Muda iaitu En. Bidin dan adik Khairul dari ketegori Tunas Jiran.