Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Selasa, 28 April 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR DIANTARA KRT TAMAN NIKMAT DAN KAKITANGAN JKR SABAH


Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat meneruskan aktiviti komuniti dengan mengadakan perlawan persahabatan bola tampar dan kali ini berlangsung di luar daerah Kota Belud. Perlawanan persahabatan bola tampar kali ini julung kali diadakan bersama Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bertempat di Dewan Jabatan kerja Raya Sembulan Kota Kinabalu. Program ini bertepatan dengan slogan "Mentransformasikan Budaya Sukan Sepanjang Hayat", dengan menitik beratkan kesihatan dengan bersukan dikalangan komuniti dan kakitangan kerajaan khususnya kakitangan Jabatan Kerja Raya Sabah. Hadir sama didalam perlawanan persahabatan ini Pengerusi KRT Taman Nikmat Kota Belud En. Mahamudin Bin Hj. Mohd Onon dan Pengurus Pasukan Bola Tampar Jabatan Kerja Raya Sabah Ir. Pn. Jamilah Binti Tukang. Pengerusi KRT Taman Nikmat berkata menang atau kalah bukanlah objektif utama perlawanan akan tetapi penyatuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama merupakan intipati sebenar yang mesti dirasai. Bagi Ir. Pn Jamilah Bt Tukang pula menambah, kesihatan badan perlu diutamakan agar dapat menjalankan tanggungjawab kerja dengan lebih efisien dan mengalu-alukan perlawan sebegini dapat diteruskan dimasa hadapan.







Selasa, 21 April 2015

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR EMPAT PENJURU KRT KOTA BELUD

Pertandingan Bola Tampar Empat Penjuru antara Kawasan Rukun Tetangga Kota Belud telah diadakan bertempat di gelanggang bola tampar KRT Kg. Pirasan Kota Belud. Empat pasukan yang mewaklili Kawasan Rukun Tetangga masing-masing iaitu KRT Taman Nikmat, KRT Hospital, KRT Kg. Tambulion dan KRT Kg. Pirasan.
Pertandingan ini adalah pertandingan julung kali diadakan dan akan menjadi acara tahunan. Hadir dalam pertandingan ini Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud En. Mohd. Bisi Bin Jamit yang melancarkan perasmian pertandingan. Turut serta Pengerusi KRT Taman Nikmat En. Mahmudin Bin Hj. Mohd Onon, Pengerusi KRT KG. Pirasan Hj. Duyuk Bin Hj. Tahir dan Pengerusi KRT Hospital En. Basri Bin Lalah. Pegawai Perpaduan Daerah menyarankan agar aktiviti seumpama ini dapat memberi kesan positif kepada komuniti terutama dalam menjadikan  gaya hidup sihat dan cergas dikalangan komuniti dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan bagi setiap komuniti KRT Kota Belud.