Pada 8.12.2010, bertempat di Padang Pekan Daerah Kota Belud, Karnival Perpaduan 1 Malaysia Rukun Tetangga Kota Belud anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasionl Negeri Sabah dan Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Daerah kota Belud telah berlangsung.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Japlin bin Hj. Akim, Pembantu Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Negeri Sabah, Penolong Pegawai Daearh Kota Belud, Pegawai Perpaduan Daerah En. Bisi bin Jamit, Cik Marry Tai, Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Kota Belud, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan warga KRT daerah Kota Belud.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pameran gerai kraftangan yang disertai oleh 28 buah termasuk gerai KRT Taman Nikmat dan KRT Daerah Kota Belud, Pertandingan Lagu-Lagu 1 Malaysia, Sukaneka Perpaduan dan Petandingan Sepak Manggis.
Pada program ini diserikan lagi dengan ketibaan Peserta Konvoi Titian Integrasi Negeri Sarawak ke Sabah. Sebanyak 52 buah kereta digunakan bagi menjelajah ke seluruh Negeri Sabah termasuk Daerah Kota Belud.